Followers

Sunday, February 24, 2013

Hadis Rasulullah Tentang Hari Kiamat

Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis iaitu sabda Nabi Muhammad s.a.w sendiri. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmidzi.

*1) Penaklukan Baitulmuqaddis 
Dari Auf b. Malik r.a., katanya, 
Rasulullah s. a. w. telah bersabda:”Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat” Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari

*2) Zina bermaharajalela
“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim

*3) Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik 
Daripada Abdullah Bin Amr Bin ‘Ash r.a. berkata: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bahawasanya ALLAH S.W.T. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi ALLAH S.W.T. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama’.
Maka apabila sudah ditiadakan alim-ulama’ , orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.” - Riwayat Muslim.

*4) Bermaharajalela alat muzik 
Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi2 wanita” – Ibnu Majah

*5) Menghias masjid dan membanggakannya
Berkata Ali bin Abi Talib, 
Akan datang di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya saja, agama hanya bentuk saja, Al-Qur’an hanya dijadikan bacaan saja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat.”
Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat Nasai.

 *6) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik 
Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim

*7) Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan 
“ Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran ” – Riwayat Ahmad ”

 * 8) Ramai orang soleh meninggal dunia
Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad

* 9) Orang hina mendapat kedudukan terhormat
Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” – Riwayat Thabrani

 * 10) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”

Tanda-tanda besar Kiamat

Era Pertama
* Penyakit tanpa ubat
* Dajjal bermaharajalela

 
   Kekuatan Dajjal ini dapatlah dibayangkan dengan kecanggihan teknologi hari ini, beliau bukan sahaja boleh menguasai manusia malahan beliau juga dapat menguasai jin. Jikalau kita lihat hari ini, sebuah organisasi di mana ianya cenderung ke arah keruntuhan moral, adakah kita akan mengatakan oraganisasi ini mendapat arahan terus daripada Dajjal? Tidak sama sekali ! Dari sinilah Dajjal menggunakan makhluk-makhluk alam lain sebagai pembantunya.

    Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas’ud r.a. maksudnya:
Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: “Engkau juga ya Rasulullah.” Sabdanya: “Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja.” (Riwayat Ahmad dan Muslim)
   Ath-Thabarani mengisahkan riwayat dari Syuraik bin Thariq. Ia berkata, Rasulullah Shallallahu‘Alaihi Wa Sallam bersabda, yang artinya: 
Tidak ada seseorang di antara kalian melainkan ada baginya seorang syaitan.” Mereka bertanya, “Juga bagimu, ya Rasulullah?” “Ya, juga bagiku, tetapi Allah melindungiku sehingga aku selamat .”(HR. Ibnu Hibban)
   Jin yang mendampingi kita semenjak kita dilahirkan ke dunia ini sentiasa mendorong kita ke arah yang bertentangan dengan kehidupan yang baik kerana mereka ini adalah telah hidup lebih dahulu daripada kita namun kita maseh boleh membentuk mereka ini dengan ibadah dan suasana yang membolehkan kita beriman dengan ALLAh s.w.t. Walau bagaimanapun perlulah diketahui yang sejahat-jahat manusia adalah sebaik-baik jin.
     Apabila mereka ini sudah terbiasa dengan suasana yang mendorong ke arah kemaksiatan sebagaimana suasana nafsu-nafsu yang dijana oleh Dajjal tadi, maka dia juga akan mendorong kita supaya ke arah kemaksiatan. Jadi tidak mustahil seandainya kita pernah mendengar di dalam dada akhbar bagaimana seorang guru boleh mencabul anak muridnya sendiri.
     Dajjal ini bukanlah tandingan manusia biasa yang hendak melawannya, melainkan kita ini hendaklah duduk di bawah Panji-panji yang mempunyai guru yang makrifat dan mendapat bimbingan mereka.


* Imam Mahadi muncul 
Dalam riwayat lain,Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud ; 
Dunia tidak akan berakhir sehingga orang-orang Arab dipimpin oleh seorang laki-laki dari ahli baitku namanya serupa dengan namaku.” ( HR. Abu Dawud )

 * Perang Sabil
   Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah saw. bersabda, 
Tidak akan terjadi kiamat sehingga kaum muslimin berperang dengan yahudi. Maka kaum muslimin membunuh mereka sampai ada seorang yahudi bersembunyi di belakang batu-batuan dan pohon-pohonan. Dan berkatalah batu dan pohon, ‘Wahai muslim, wahai hamba Allah, ini yahudi di belakangku, kemari dan bunuhlah ia.’ Kecuali pohon Gharqad karena ia adalah pohon Yahudi.” (HR Muslim)

* Turunnya Nabi Isa as bersama tenteranya dari langit
Demi yang diriku berada ditangannya, sesungguhnya Ibn Maryam hampir akan turun di tengah-tengah kamu sebagai pemimpin yang adil, maka ia akan menghancurkan salib, membunuh babi, menolak upeti, melimpahkan harta sehingga tidak seorangpun yang mahu menerima pemberian dan sehingga satu kali sujud lebih baik dari dunia dan segala isinya” (HR. Bukhari,Muslim,Ahmad,Nasa’I,Ibn Majah dari Abi Hurairah)
Isa AS, putera Maryam AS, akan menjadi seorang hakim yang adil dan penguasa yang adil (dalam umatku), mematahkan dan meremukkan kayu salib dan membunuh babi… Bumi ini akan dipenuhi dengan kedamaian seperti sebuah bejana diisi dengan air. Seluruh dunia akan mengumandangkan dan mengikuti satu kata yang sama dan tidak satu pun akan disembah selain Allah. (HR Ibnu Majah)

* Dajjal dibunuh
 Dalam satu hadis daripada Al-Nawwas bin Sam’an, katanya: 
Rasulullah saw menyebut perihal Dajal dan menyatakan: ‘…Sebenarnya Dajal itu seorang muda yang rambutnya kerinting, biji matanya timbul (buta sebelah); … sebenarnya dia akan keluar di satu tempat antara negeri Syam (Syria) dan Iraq.

“Dia akan melakukan kerosakan di serata tempat yang dia sampai kepadanya (dengan menjadikan kampung orang yang menerima dakwaannya sebagai Tuhan mewah makmur, dan kampung orang yang enggan menerima dakwaannya susah meleset.

“Dia akan menunjukkan kepandaian sihirnya dengan menjadikan tempat yang terbiar dan tanah yang kering kontang mengeluarkan khazanah bumi dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau subur.

“Juga menjadikan orang muda yang kuat gagah dibelah dua badannya, sepotong dicampakkan jauh daripada yang satu lagi, kemudian diseru lalu kedua-dua potongan badan itu bersatu dan orang muda itu pun hidup semula dengan tersenyum-senyum seolah-olah tidak ada sesuatu yang menimpanya.

“Demikian juga mana-mana yang menyembahnya dimasukkan ke dalam syurganya yang dirasai oleh orang itu sebagai neraka, sebaliknya orang yang enggan menyembahnya dimasukkan ke dalam nerakanya yang dirasai oleh orang itu sebagai syurga; dan sebagainya).

“Nabi bersabda lagi: “Wahai sekalian hamba Allah, selepas kamu mengetahui demikian, maka tetapkanlah iman kamu, jangan terpengaruh kepada dakwaannya!”

Kami bertanya: “Ya Rasulullah! berapa lama dia akan bermaharajalela di bumi?”

Baginda menjawab: “Empat puluh hari, hari yang pertama, panjangnya seperti setahun dan hari yang kedua, panjangnya seperti sebulan dan hari yang ketiga seperti seminggu, manakala hari yang lain seperti hari kamu yang biasa.”

Kami bertanya lagi: “Ya Rasulullah! jika demikian, hari yang panjangnya seperti setahun itu, misalnya cukupkah kami mengerjakan pada-Nya sembahyang untuk sehari?”

Baginda menjawab: “Tidak, tetapi kirakanlah masa untuk mengerjakan sembahyang itu sekadar masa yang biasa kamu lakukan.”

Rasulullah menerangkan lagi: “Ketika Dajal itu bermaharajalela, Allah akan menghantar turun Nabi Isa anak Mariam, lalu dia turun berhampiran dengan menara putih yang letaknya di timur bandar Damsyik, maka Nabi Isa pun mengejar Dajal hingga dapat menawannya di pintu kariah yang bernama ‘Lud’ lalu membunuhnya.

Selepas itu, datanglah suatu kaum yang Allah sudah selamatkan mereka daripada bencana Dajjal menghadap Nabi Isa, lalu Nabi Isa menghapuskan kesan kedukaan dan kesedihan daripada air muka mereka dengan menyatakan: “Bahawa Dajjal sudah pun dibunuh dan menggembirakan hati mereka dengan darjat kedudukan mereka dalam syurga”.

Nabi bersabda: “Bahawa ketika Nabi Isa sedang menerangkan perkara yang menggembirakan mereka, Allah mewahyukan kepada Nabi Isa dengan firman-Nya: “Bahawa Aku sudah mengeluarkan sekumpulan hamba-Ku (Yakjuj wa Makjuj) yang tidak ada daya upaya bagi sesiapa pun memerangi mereka.

“Oleh itu bawalah hamba-Ku yang bersama kamu berlindung di bukit Tursina. Selepas itu Allah mengeluarkan Yakjuj wa Makjuj dan mereka pun meluru turun daripada tiap-tiap tempat yang tinggi.”

“Nabi Isa dan pengikutnya pun terkepung lama di bukit itu hingga kepala lembu menjadi lebih berharga dan lebih baik kepada mereka daripada seratus dinar kepada seseorang kamu sekarang.

“Lalu Nabi Isa dan pengikutnya merayu kepada Allah supaya membinasakan musuh mereka, maka Allah menghantarkan ulat menyerang batang leher Yakjuj wa Makjuj, mereka pun mati bergelimpangan dengan serentak seperti matinya satu jiwa.

“Kemudian Nabi Isa dan pengikutnya turun dari bukit itu lalu mereka dapati tidak ada barang sejengkal pun di bumi, melainkan penuh dengan bau hapak dan busuk disebabkan bangkai Yakjuj wa Makjuj.

“Maka Nabi Isa dan pengikutnya merayu lagi kepada Allah, lalu Allah menghantar sekumpulan burung yang batang lehernya seperti unta, maka kumpulan burung itu pun mengangkut dan mencampakkan bangkai itu ke tempat yang dikehendaki Allah.

“Kemudian Allah menurunkan hujan lebat yang sebarang bangunan tidak dapat menahan airnya daripada meliputi serta mencuci muka bumi hingga menjadi bersih dan rata seperti cermin.

“Allah berfirman kepada bumi: “Tumbuhkanlah tanaman kamu dan keluarkanlah buah kamu, dan kembalikanlah segala nikmat kamu.”

“Maka pada masa itu, sebilangan orang boleh kenyang dengan hanya memakan sebiji delima dan boleh berteduh dengan kulitnya dan pada masa itu juga diberkati Allah pada susu hingga perahan seekor unta, mencukupi untuk diminum oleh satu kaum yang besar jumlahnya.

“Susu seekor lembu perahan juga mencukupi untuk diminum oleh satu kabilah dan susu seekor kambing perahan, mencukupi untuk diminum oleh satu suku kaum.”

Nabi bersabda lagi: “Ketika manusia sedang menikmati kemakmuran dan kemewahan berkenaan, tiba-tiba Allah menghantar sejenis angin yang baik… lalu mengambil nyawa setiap orang yang baik, mukmin dan Muslim, dan tinggallah saja orang yang jahat dengan keadaan bercakaran sesama sendiri dan berhubung jenis seperti haiwan, maka pada zaman mereka inilah berlakunya hari kiamat.”

Dan pada satu riwayat yang lain: “Kemudian Allah menghantar sejenis angin yang sejuk nyaman, yang datangnya dari arah negeri Syam, maka pada saat itu tidak tinggal di atas muka bumi seorang pun yang ada dalam hatinya seberat zarah kebaikan, melainkan diambil nyawanya oleh angin itu.”

Nabi bersabda lagi: “Maka tinggallah saja orang jahat yang cepat bergerak melakukan maksiat dan kederhakaan secepat burung terbang, dan yang menceroboh serta menzalimi satu sama lain seperti binatang buas; mereka tidak suka dan tidak mengenal perkara yang baik, dan tidak benci serta tidak melarang daripada melakukan perkara yang buruk.”

Pada saat itu, syaitan menyamar diri kepada mereka dan bertanya: “Tidak malukah kamu meninggalkan jalan mendampingi diri kepada Allah? Tidak mahukah kamu menurut ajakan aku? Maka mereka pun bertanya: “Jika demikian apa yang engkau suruh kami lakukan?

Syaitan pun menyuruh mereka menyembah berhala untuk mendampingkan diri mereka kepada Allah (kononnya), mereka menerima ajakan syaitan itu lalu menyembah berhala, sedangkan rezeki mereka mencurah-curah dan penghidupan mereka baik dan mewah; kemudian ditiup sangkakala, yang pertama, yang mematikan segala yang bernyawa ...” – ( al-Nawwas bin Sam’an r.a Hadis riwayat Muslim ).

* Dunia kembali Sejahtera,aman,damai dan sentosa 
* Manusia kembali menyembah berhala


 Era kedua
* Al-quran diangkat ke langit
* Yakjuj wa Makjuj muncul dengan membuat kerosakkan
( Demikianlah keadaan mereka ) hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi. Dan hampirlah datangnya janji hari kiamat yang benar, maka dengan serta-merta pandangan mata orang-orang yang kufur ingkar terbeliak (sambil berkata dengan cemas): “Aduhai celakanya Kami. Sesungguhnya kami telah tinggal dalam keadaan yang melalaikan kami daripada memikirkan perkara ini, bahkan kami telah menjadi orang-orang yang menganiaya diri sendiri“. (Surah Al-Anbiyaa’ : 96 – 97)
* Raksasa terbit dari bumi Mekah ( Dabbatul Ardh )
Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, Kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahwa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami.” (An-Naml: 82)

* Allah tandakan dahi mereka yang tidak beriman 
* Allah matikan orang-orang yang beriman dengan angin sejuk

 * Matahari terbit dari sebelah barat
Menurut Hadist Nabi saw. Rasullullah saw bersabda: 
Salah satu tanda Akhir zaman (Kiamat), apabila sampai masanya… matahari terbit disebelah barat. Pada masa ini, taubat sudah tiada.” hadith Muslim.

* Tiupan angin Sangkakala
Apabila ditiup sangkakala, maka tidaklah ada lagi pertalian nasab (kekeluargaan) antara mereka pada hari itu, dan mereka tidak saling bertanya (23-101) 

* Allah Gulungkan dunia



Sumber : aDamCyber

Saturday, February 16, 2013

Superman Muncul Kembali

Semalam dunia digemparkan dengan kemunculan satu meteor yang terhempas di Rusia. Video-video meteor tersebut boleh dilihat di laman YouTube yang telah dirakam oleh driver-driver teksi yang mempunyai kamera litar tertutup di dalam teksi mereka.  Menurut sumber yang boleh dipercayai, dilaporkan bahawa meteor tersebut datangnya daripada Planet Krypton. Meteor tersebut dihantar oleh saintis dari planet tersebut yang bernama Jor-El. Menurut laporan polis, dalam batu meteor tersebut mengandungi seorang lelaki yang bernama Kal-El berdasarkan kepada kad pengenalan beliau. Mengikut pada raut wajah lelaki tersebut yang kini agak rentung, mengingatkan kembali dunia kepada seorang lelaki suatu ketika dahulu. Pada tahun 1938, meteor yang sama telah terhempas di Kansas, Amerika di belakang rumah seorang peladang. Pada waktu itu ditemui seorang bayi di dalam meteor tersebut. Sejak itu bayi tersebut dipelihara dan diberi nama sebagai Clark Kent oleh keluarga yang mengusahakan tanaman sayur bendi dan taugeh itu. Selepas beberapa tahun bayi tersebut membesar, beliau mendapati dirinya adalah luar biasa. Beliau berupaya untuk terbang dan mampu melihat serta mendengar dari jarak 50 meter. Beliau menjadi semakin terkenal apabila secara tidak sengaja telah menyelamatkan Batman daripada ditikam oleh Joker. Sejak itu, Batman menggelar beliau sebagai Superman dan beliau semakin giat menjalankan perkhidmatan membantu dan menyelamatkan mangsa kebakaran mahupun sebarang kemalangan. Pada tahun 1975, Superman telah dianugerahkan Peace Noble Award  sebagai penghargaan kepada usaha beliau dan dilantik menjadi Presiden Persatuan Keselamatan Kansas. Namun pada tahun 2004, Clark Kent dilaporkan oleh BBC News telah hilang apabila beliau pergi bercuti di Kepulauan Maldives. Menurut penduduk setempat, kali terakhir Superman dilihat adalah sewaktu beliau sedang meracau-racau di hadapan McDonald sambil menjerit "I want Big Mac Burger with cheese and salad!!!" lantas beliau melarikan diri ke kawasan pergunungan dan sehingga kini tiada jejaknya ditemui walaupun hanya selipar jepun yang dipakainya. Kini Kal-El sedang dirawat di Hospital Besar Moscow kerana cedera ringan di peha kiri akibat meteor yang membawa beliau terhempas di kilang membuat atap zink yang terletak di Barat Daya Rusia. Apakah segala kebingungan ini akan terjawab? Apakah Kal -El adalah Clark Kent a.k.a Superman yang pernah menjadi hero pada suatu ketika dahulu? Segalanya mungkin terjawab apabila meteor kedua bakal menghentam bumi beberapa jam lagi.

Sumber baru : meteor kedua telah jatuh di Amerika sebentar tadi. Belum dipastikan kesahihannya.

Wednesday, June 20, 2012

Aku makin kuat dengan ujian Mu!

Selama 4 bulan, otak diperah2 seperti santan kelapa untuk mengumpul bahan kajian dan menaip sebuah tesis yang sudah sampai ke Bab 2. Benar, bekerja menggunakan otak lebih perit daripada menggunakan tenaga fizikal. Segalanya ketentuan Mu Ya Rabb. 

Akhirnya laptop kesayanganku Acer Aspire One, dicuri. Aku tak bermaksud untuk menyalahkan si pencuri. Mungkin aku cuai, atau mungkin ini balasan untuk dosa2 aku. Allah menarik nikmat hidup sedikit demi sedikit. Sikit pun aku tak buat backup tesis kat mana2. Baik pendrive, email, mahupun copy. 

Hari itu terasa seperti dunia aku Gelap. Kosong. Tak bernyawa. Laptop yg telah banyak berjasa selama 2 tahun. Dan bagi aku laptop tu sungguh bermakna kerana ia adalah pilihan dari manusia yang aku sayang dari dulu sampai sekarang. Maafkan aku jika ini kecuaian aku sendiri. 

Setelah 2 minggu aku mula mengumpul semangat. Terima kasih Syariha kerana sentiasa ada di belakang saya. Saya sangat menghargainya. Hanya Allah saja yg dapat membalas segala jasa baik awak. 

Aku mula mengorak langkah semula. Bertatih dari bawah. Alhamdulillah rezeki datang mencurah2. Terima kasih Syahmi kerana memberikan aku laptop untuk dipinjam. Aku mula mengumpul semula bahan kajian dan menaip. Aku perlukan semangat semula. Manusia sekeliling hanya mampu memberi kata perangsang. Tapi aku sedar aku sendiri yang harus mulakan sendiri. Dengan kaki sendiri. Hanya aku saja yang mampu mengubah nasib aku sendiri. Masa depan aku terletak di bahu aku. 

Madagascar 3 sangat best. =) 

Terima kasih kerana awk sudi meluangkan masa untuk menonton bersama. Tak banyak yang dapat aku sempurnakan hidup kamu kerana aku sendiri belum sempurna. Dan terima kasih dengan segala ujian yang Kau berikan Ya Allah. Jauhkan aku dari sifat marah dan dendam Ya Allah. Hanya Kau tempat aku mengadu. 

Teguhkan hati aku seteguh Para Nabi dan Rasul-Mu, Ya Rabb. Jika aku serba kekurangan di dunia Mu, aku harap ada tempat untuk aku di Syurga Mu. 

Ya Allah Yang Maha Berkuasa.