Followers

Friday, January 27, 2012

Kempen Memakai Jersey Malaysia & Pasukan Tempatan Pada Hari Sabtu



Rasa tertarik pulak baca satu blog ni. Admin blog tu nak promosikan hari Sabtu adalah hari untuk kita rakyat Malaysia memakai jersey pasukan Harimau Malaya atau pasukan bola sepak tempatan.
Amat menarik kerana kempen ni bukan hanya pada memakai jersey kebangsaan semata-mata tetapi nilai dan semangat di sebalik itu. 
Pasukan Harimau Malaya kita pun dah tunjukkan peningkatan yang memberangsangkan kebelakangan ni. So apa salahnya kita tunjukkan sokongan dengan memakai jersey kebangsaan kan? 
Aku dulu memang tak amik tahu langsung tentang pasukan bola sepak kebangsaan. Jersey kebangsaan pun tak pernah ada. Aku cuma sokong pasukan Selangor je sejak kecik. Kelab luar aku sokong MU. Negara luar aku sokong Italy sejak aku kenal World Cup 1993 ( masa tu tadika kemas) sampai la sekarang.
Sejak pasukan Harimau Malaya tunjukkan kualiti permainan dalam Piala AFF aku dah mula start sokong pasukan negara. Jersey Malaysia pun aku dah ada 3 helai. Perasaan nak tengok Harimau Malaya menjadi juara setiap kejohanan tu berkobar-kobar plak rasanya. 
So apa kata korang rakyat Malaysia? 
Apa salahnya kita pergi dating, shopping, jogging, giging, climbing dan segala -ing dengan memakai jersey kebanggaan kita sebagai Anak Tanah Tumpahnya Darahku ni kan?
Mungkin boleh menjadi tarikan kepada rakyat luar. Entah-entah mat saleh pun pakai jersey Malaysia pergi kenduri kawen si Bedah. 

Admin Kebangkitan Harimau Malaya,
Saya sokong kempen anda!
Kepada rakyat Malaysia,
Jom ramai-ramai penuhkan negara dengan berpakaian Jersey Malaysia atau pasukan tempatan pada setiap hari Sabtu jam 12.00 tengah malam hingga 11.59 malam! 
Permulaan baru untuk tahun 2012!


rujukan link asal : klik sini




Friday, January 6, 2012

Dialog Dengan Jin Muslim

Bagi pembaca yang ingin mengetahui rahsia yang dibongkarkan oleh jin sila donwload link di sini.

Diingatkan pembaca untuk berfikir secara matang menerusi pembacaan ini. Terpulang kepada pembaca untuk menilai. 

Wednesday, December 7, 2011

Chunk Silva Adik Kepada David Silva Bertemu Nazmi Faiz

Kepada anda yang tidak mengenali David Silva, beliau merupakan pemain bola sepak di Manchester City. 


Adiknya yang bernama Chunk Silva juga seorang pemain di akademi bola sepak Barcelona yang kini sedang bercuti-cuti Malaysia. 

Chunk Silva berkesempatan bertemu dengan Nazmi Faiz iaitu seorang pemain skuad Harimau Muda B yang telah mencetuskan fenomena sensasi di arena bola sepak Malaysia kini. 

Beliau yang diberi gelaran sebagai Kaka Malaysia kerana wajahnya yang mirip pemain berkelas dunia tersebut telah bertemu dengan Chunk Silva dalam rancangan sukan Stadium Angkasa.

Gaya permainan Nazmi Faiz dikatakan mirip dengan Xavi dan Cesc Fabregas dan beliau yang baru berusia 17 tahun kini dikatakan berbakat besar untuk mencipta karier kelab bola sepak di luar negara seperti di Sepanyol. 

Dalam pertemuan singkat antara Chunk Silva dan Nazmi Faiz, mereka sempat bertukar pandangan tentang gaya dan suasana permainan antara Malaysia dan Sepanyol. 

Dikatakan, Chunk Silva akan cuba membodek pengurus akademi Barcelona untuk membawa masuk Nazmi Faiz menjalani latihan di sana bagi mengembangkan lagi bakat beliau. 

 Chunk Silva bakal pulang ke akademi dan meneruskan latihan beliau di sana dalam masa terdekat ini. 

Mungkinkah ada pemain Malaysia yang bakal mencipta sejarah di Barcelona? 

Lihat gambar.








Nazmi Faiz bersama Chunk Silva.


Ini adalah khayalan semata-mata. Ngeh..ngeh..ngeh..