Followers

Wednesday, December 7, 2011

Chunk Silva Adik Kepada David Silva Bertemu Nazmi Faiz

Kepada anda yang tidak mengenali David Silva, beliau merupakan pemain bola sepak di Manchester City. 


Adiknya yang bernama Chunk Silva juga seorang pemain di akademi bola sepak Barcelona yang kini sedang bercuti-cuti Malaysia. 

Chunk Silva berkesempatan bertemu dengan Nazmi Faiz iaitu seorang pemain skuad Harimau Muda B yang telah mencetuskan fenomena sensasi di arena bola sepak Malaysia kini. 

Beliau yang diberi gelaran sebagai Kaka Malaysia kerana wajahnya yang mirip pemain berkelas dunia tersebut telah bertemu dengan Chunk Silva dalam rancangan sukan Stadium Angkasa.

Gaya permainan Nazmi Faiz dikatakan mirip dengan Xavi dan Cesc Fabregas dan beliau yang baru berusia 17 tahun kini dikatakan berbakat besar untuk mencipta karier kelab bola sepak di luar negara seperti di Sepanyol. 

Dalam pertemuan singkat antara Chunk Silva dan Nazmi Faiz, mereka sempat bertukar pandangan tentang gaya dan suasana permainan antara Malaysia dan Sepanyol. 

Dikatakan, Chunk Silva akan cuba membodek pengurus akademi Barcelona untuk membawa masuk Nazmi Faiz menjalani latihan di sana bagi mengembangkan lagi bakat beliau. 

 Chunk Silva bakal pulang ke akademi dan meneruskan latihan beliau di sana dalam masa terdekat ini. 

Mungkinkah ada pemain Malaysia yang bakal mencipta sejarah di Barcelona? 

Lihat gambar.








Nazmi Faiz bersama Chunk Silva.


Ini adalah khayalan semata-mata. Ngeh..ngeh..ngeh..



Monday, December 5, 2011

Tusukan Paku Pada Kaki


Hari ini kaki saya tercucuk paku pada bahagian tepi tapak kaki. (seperti gambar buruk di atas)
Saya menahan kesakitan sewaktu hendak menarik paku tersebut keluar. 
Pada mulanya agak sukar untuk mengeluarkannya sehingga saya berfikir untuk menghubungi pihak bomba.
Namun setelah berusaha beberapa kali barulah paku tersebut berjaya dikeluarkan.
Darah mencurah-curah keluar sehingga saya terpaksa menghentikannya dengan tisu.
Lama-kelamaan, darah tersebut berhenti mencurah. 
Kini, setelah 2 jam kaki saya sudah tidak merasa sakit lagi.
Syukur.

Sekian.