Followers

Monday, May 21, 2012

Jika hidup tak perlu keadilan

Mungkin dosa dosa sering menghalang aku untuk terus merasa bahagia. Mungkin juga aku sering melupakan Maha Pencipta. Atas kelalaian dan keseronokan aku diuji lagi satu persatu. Aku makin lari dari matlamat hidup dan masa depan. Sering gagal mungkin kerana niat sudah tergelincir dari laluan. 

Dan jika hidup aku perlukan keadilan, aku mampu mengubah fitnah yang sering mendatang. Aku mampu melawan kata cacian dan kata hinaan. Aku mampu menegakkan fakta yang sebenar. Aku mampu, tapi aku ada satu rasa yang cukup dalam untuk dirungkai. Akan aku terus membiarkan kerana aku pasti lambat laun jua pintu keadilan akan terbuka dengan luas. Allah akan tunjukkan aku mohon.

Aku hanya mampu berdoa. Agar hati yang keras itu akan lembut. Moga Rahmat Allah sentiasa ada untuk itu. Moga kasih sayang Allah sentiasa di sisi. 

Ya Rabb, kembalikan jalan lurus untuk aku. Ya Rabb, kembalikan nur hidayah untuk aku. Ya Rabb, kembalikan iman yang teguh untuk aku. Ya Rabb, kembalikan Kalamullah sentiasa basah di bibir dan hati aku. Ya Rabb, bebaskan aku dari dosa dan sengsara. Ya Rabb, bukakan pintu rezeki yang luas untuk aku. Perkenankanlah, Ya Allah Ya Rabbul Jala Li Wal Ikram.

Aku berserah segalanya hanya pada-Mu, Ya Allah.