Followers

Monday, February 28, 2011

Chunk Bukan Pembunuh! :: Chapter 204

Hari ini ak nyaris menjadi seorang pembunuh. Masakan tidak, sedang memandu pada kelajuan maksimum 580 km/j dgn tidak disangka2, seorang kanak2 perempuan dalam lingkungan usia 4 tahun melintas @ berlari depan ak utk keseberang jalan menuju kepada bapaknya secara tiba2. Dengan tekezotnya ak membrek tekejut mengejut. Streeeeetttttttttt!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Naseb baek pakai hard disk break brembo. Hanya beberapa inci lagi ak nk lenyek budak tu. Satu badan ak menggigil. Mengucap panjang. Ak tanak jadi pembunuh!

Budak tu mahu melintas jalan bersama emaknya. Emaknya pula hanya mampu menjerit bagai diserang histeria. Kalo ak langgar budak tu, nk salahkan sape? Salah ak ke? Atau salah mak dia yg tak pegang tangan anak dia sewaktu melintas jalan? Lepas tu boleh plak bapak dia yg ada kt seberang jalan marah2 budak tu. Pastu ak bg mak die lintas, pastu mak die plak marah2 budak tu sambil terajang mencepuk-cepuk anak yg tidak mengerti apa2 lg tentang undang2 lalulintas. Pastu budak tu nanges ketakutan. Boleh tak ak nk maki mak bapak budak tu???

Kesian budak kecik tu. Dia masih tak mengerti apa2. Sayangilah anak2 kerana mereka adalah pewaris. Kalo nk melintas jalan tu pastikan pegang erat tangan anak2, emak yg da tua, isteri, adik2 dan awek anda. Kalo larat dukung je. Malang kita tak dpt bau sbb kita tak tau malang tu baunya mcm mane. Kalo mcm bau kentot korang, at least korang bley agak malang akn datang. Pengsan *_*

Jadilah manusia yg bertanggungjawab kepada orang yg disayangi. Sekian sahaja pesanan ringkas. Jumpa lagi di entri yg akn dtg!


Kalo itik melintas mcm nie, mmg ak lenyek je. Bley buat itik panggang. ^.^

-----------------------------------------------------------------------------


Kepada anda, minta maaf kerana menyeksa rasa mengantuk anda. Sape soh tinggalkn sy kelaparan sorg2 kt sini. Gelak gelak gelak. ^_^ Dan terima kasih kerana menemani sy di uptown mencari tali gantung perut. >.< 




p/s : gemok itu menawan. segemok mana pn awk, segemok itu sy syg awk. >.<

Saturday, February 26, 2011

Untuk Semua Blogger :: Mesej Dari Blogger Tercinta

Hi Hi dan Hi kpd bloggers dan Vloggers. (err..Vloggers bace ke entri ni?)
Sila fokuskan perhatian anda sebentar di sini.
Terdapat satu mesej penting dari Blogger Tercinta a.k.a BT.
BT da ade blog sendiri ouh! 

Sila klik pada banner.


Tujuan site ni untuk kami melakukan segmen, contest, giveaway, atau apa2 lagi yang terlintas dalam kepala kami. Jadi segala announcement ke apa akan di buat di sini. Semoga anda alert lah ye sebab kami akan beri hadiah yang best2 untuk anda~ Seronok tak? Haha~ So, kepada yang ada idea atau cadangan atau segmen atau apa2 bolehlah anda hubungi kami. Okay?
(ayat copy paste. jgn mare enna)


Kepada bloggers baru dan lama sekalian, sudi2 lah menjenguk blog BT yg baru ni ye! 
Bersusah payah 2 org admin blog ni enna dan afnan membina empayar baru nie.
Mari kita bina ukhwah bloggers yg teguh!

Assalamualaikum! tak jwb dose..jwb...saaaayaaangggggggg...(sori dude, pinjam jap tagline) >.<

Thursday, February 24, 2011

Facebook Kena Pijak-pijak :: Chapter 203

Kesian FB..

Walaupun dipuja2 oleh golongan muda-mudi tapi ade lg yg sanggup memijak2.
Tak caye?
Ini buktinya.
.
.
.
.
.


p / s : sila baca entri ini raju cha cha.

"Dua Gelaran" :: Chapter "202"

Hanya "dua gelaran" untuk sepanjang hidup.
Tanpa mereka sedar deras air mata telah kering kontang.
Mengapa begitu?

Terasa pedih jika "permata" yang disanjung ditebuk orang.
Dan lagi terhiris jika "hasilnya" sangat sempurna.
Hasil yang diimpikan bersama.
Bukan lagi impian yang dibina awal dahulu.

Karut jika tidak mencuba lagi.
Semuanya tidak menjadi.
Dan "dua gelaran" menjadi buih umpatan.
Dan terus hanyut.
Bukan niat yang menjadi alasan.
Tapi cubaan sekali lagi.

Kali ini langkah seakan terhenti di hujung perjalanan.
Sedetik, "permata" seakan kembali lagi.
"Permata Baru" selayaknya.
"Dua gelaran" dicampak sejauhnya.
Tapi adakah semudah itu?
Tidak.

Kali ini mungkin akan berakhir.
Berakhir daripada sandiwara "dua gelaran".
Namun, ia semakin retak.
Dari hari dan ke hari.
Selagi masih boleh bertahan.
Cuba bertahan tapi retakan semakin kuat.
Tanpa kebenaran sebenar.

Mungkin tidak bermakna.

Adakah "dua gelaran" itu akan bermain kembali?




p / s : entah apa aku merepek. 

Wednesday, February 16, 2011

Gadis Mengepau Topup Dalam FB :: Chapter 201

Sape penah kena mcm nie?
Korang nk caye ke tak ngn taktik ketinggalan zaman pmpn mcm nie?




Nilai sendiri..

-_____-"

Tips Mengetahui Bilangan Pembaca Setia :: Chapter 200

Selalunya bloggers akan post entri terbaru mereka di FB dan Twitter. Maka, akan ramai la org bley nampak dan dgn secara sengaja mahupun tidak sengaja penbaca akan klik link blog tersebut utk membaca. Cara lain juga adalah dgn blogwalking, follow blog tersebut serta join contest2 yg dicipta oleh para blogger yg lain.

Tips simple hari ni adalah untuk kita mengetahui berapa ramai jumlah sebenar pembaca setia blog kita. Cuba kita buat ujikaji sket. Jika sebelum ni kita sering buat cara2 di atas, apa kata kita tak payah buat plak. Cuba try test tgk berapa ramai bilangan pembaca kita pada hari tersebut. Try la dlm masa seminggu ke dan bandingkan dgn minggu sebelum ni. Mungkin akan ada jurang bilangan pembaca yg membaca blog kita. 

Pembaca yg setia akan membuka blog kita setiap hari dan akan tertunggu2 entri terbaru kita tanpa kita perlu post link entri di fb, twitter dan sebagainya. 

Am i right?

Tuesday, February 15, 2011

Saka :: Chapter 109

Jangan engkau menjadi bodoh.
Jika engkau sememangnya bodoh.

Jangan engkau menjadi bongkak.
Jika engkau sememangnya bongkak.

Jangan engkau menjadi sial.
Jika engkau sememangnya sial.



Jadilah seperti apa yang engkau mahu,
Selagi engkau tidak menjadi bodoh,
Selagi engkau tidak menjadi bongkak,
Selagi engkau tidak menjadi sial.



Jika mata aku ini menjadi penawar,
Aku akan jadikan mata ini sebagai penawar.

Jika telinga aku ini menjadi penawar,
Aku akan jadikan telinga ini sebagai penawar.

Jika diam aku ini menjadi penawar,
Aku akan jadikan diam ini sebagai penawar.



Jangan engkau jadikan mata aku sebagai racun,
Jangan engkau jadikan telinga aku sebagai racun,
Jangan engkau jadikan diam aku sebagai racun,
Jika engkau tidak mahu amarah jin aku menjadi racun.




Halang aku menyeru amarah keturunan saka.




Diam aku, 
Dendam kesumat.


Keperluan Atau Kehendak? :: Chapter 108



Info hari ni berkenaan dgn pengguna di US.
Rakyat mereka sanggup berhutang untuk membeli barangan keperluan hidup walaupun mereka tak mampu utk membelinya.
Contohnya, gaji mereka katakan 2000 US Dolar tp mereka berbelanja seperti bergaji 8000 US Dolar.
Maksudnya mereka berbelanja melebihi kemampuan. (berhutang)

Ini ditambah pula dgn galakan daripada bank utk membuat pinjaman, membeli secara ansuran dan penggunaan kad kredit secara melampau.
Ini bg mencapai status American Dream yg dinyatakan oleh James Truslow Adams pada tahun 1931.
"Hidup mesti lebih baik, kaya dan memenuhi kehendak semua orang, dengan kesempatan untuk sesama sendiri berdasarkan kemampuan atau prestasi" tanpa memandang kelas sosial dan keadaan dia dilahirkan.

Bermaksud sesiapa juga boleh mencapai taraf hidup yg sama tak kira kaya atau miskin. 
Yg kaya akn hidup dgn cara mereka dan yg miskin akn cuba hidup cara org kaya.
Tapi dgn cara hidup berlebihan mcm tu akn membebankan mereka kelak akibat byk berhutang.

Di Malaysia kes mcm ni pn dah ade. 
Byk iklan2 pasaraya yg sering membuat strategi pasaran 'bayar secara ansuran'.
Dan byk juga pinjaman wang dari bank utk membeli rumah, kereta, membuka perniagaan dan sbgnya.
Tak ketinggalan juga bersepah2 org dok promot kad kredit.

Tidak salah utk memenuhi keperluan namun pastikan la ianya adalah betul2 keperluan.
Bukan sekadar kehendak yg akhirnya menjadi pembaziran.
Tapi kadang2 kehendak itu adalah keperluan utk kita jugak kan?

Dalam Islam digalakkan utk bersederhana dlm segenap hal.

Jadi, mana satu pilihan anda?
Tepuk dada tanya selera.

Salam Maulidur Rasul. >.<

Sunday, February 13, 2011

Apabila Pelumba F1 Membawa Isterinya Menaiki Kereta :: Chapter 107

Video kt bwh ni saje ak nk kongsi kt korang.
Pesanan utk lelaki, kalo nk g race jgn sesekali bwk awex @ bini korang.
Tensen dibuatnye. Agagagagaga....
Enjoy da show!


Saturday, February 12, 2011

Kat Kedah Tak Boleh Bukak Facebook? :: Chapter 106

Fuhh..penat ouh.

Dah selesai event di Jitra.
Sekarang krew Prospek sume tgh shopping kt Bukit Kayu Hitam.
Ak dah jln2 td usha ape yg patot.
Sumenye made in Thailand.
Now lepak2 dlm bas jela.
Takde mood nk shopping sbb duit takde. T.T

Trime kasih kt adek2 yg join Prospek td.
Harap korang sume dpt input2 yg berguna utk masa depan masing2.
Korang mmg sporting time LDK.
Harap korang bejaya masuk u satu hari nti.
Chaiyok2!

Haa..! 1 bende ak heran.
Sejak sampai kt Jitra td sampai skrng.
Ak tak dpt bukak fb.
Nape ea?
Kedah mmg ta bley bkak fb ke?
Atau berukbend ni wt hal?
Tp connection berukbend ni laju je.
Pelik dan heran. -__-

Lps ni kami terus gerak balik um.
Planning mcm2 tp cian kt driver bas um ni.
Lagipun sume org pn dah penat kn.
Penat ke? Dak2 pmpn kalo dpt shopping sampai esok pn larat jln. -__-

Akhir kata, doakn la kami selamat sampai pulang ke um.
Minggu depan Prospek akn ke Melaka pula.
Adek2 di Melaka, ready for Prospek!

Okeh, nk tido sat sambil tggu bdk2 ni abes shopping.
zZzZzZzZzZZZZZZ.........*.*

Akhirnya Hosni Mubarak Letak Jawatan :: Chapter 105

Salam Satu Malaysia.
Sekarang ak da sampai Kepala Batas. 
Lepak2 jap kt masjid sambil tggu Subuh.
Lagi 15 minit sampai la skolah yg dituju.
Sambil tgh charge laptop ni ak usha2 kosmo mcm bese dan terlihat tajuk Hosni Mubarak letak jawatan sbg Presiden.
Sebelum ni, ak mmg tak tau langsung si Hosni ni memimpin Mesir dgn cara yg mcm tu.
Selama ni ak pk Mesir ni tempat yg gah utk org study.
Terutama skali kt Uni Al-Azhar kt Cairo.
Dulu time kt maahad ak ade gak cecite nk masuk Al-Azhar.
Tapi takdak rezeki nk buat lagu mana.
Rupe2nya rakyat Mesir sendiri idop dlm terseksa.
Sampai la dunia dikejutkan dgn pemberontakan tu.
Baru terbongkar segala pekung di celah kangkang.
Lebih kurang 3 minggu rakyat Mesir memberontak.
Akhirnya perjuangan rakyat Mesir telah tercapai. 
Cukup la selama ni rakyatnya idup dlm pemerintahan kuku besi Hosni.
Kita bkn idop dlm zaman Mesir Purbakala lagi.
Sekarang rakyat bebas bersuara dan bebas memilih cara hidup.
Mmg da nasib rakyat Mesir dpt pemimpin mcm tu.
Hosni ni mmg sah org tua kutuk tak sedar diri yg gile kuasa.
Bagus ko letak jawatan.
Mmg itu yg selama ni rakyat ko nk.
Jahat punya olang.
Lu langsi, lu mati.
Aiyo..merepek sudey.
Ok la no, cheq nak tidoq sat.
Doa2 la event sat lg jln dgn lancar no..
Doa jugak la perjalanan kami suma slmt smpai balek kt um.
Akhir kata dari cheq..
Awat cheq speaking utara ni..?
Agak2 marka Kedah comey2 dok? >.<



p / s : awk jgn nakal2 kt pangkor. >.<

Friday, February 11, 2011

White Flight Phenomena :: Chapter 104



Tahukah anda ttg White Flight?

White Flight adalah merujuk kepada trend masyarakat kulit putih yg akan berpindah ke satu kawasan penempatan baru apabila terdapat golongan bangsa kulit hitam yg mendiami di kawasan perumahan mereka.
Orang kulit putih ni gemar mendiami di kawasan sub-urban daripada membeli rumah di tgh2 kota besar. 
Di downtown biasanya akan dipenuhi dgn orang kulit hitam. 
Bagi orang kulit putih, apabila ada orang kulit hitam yg berpindah ke kawasan perumahan mereka, mereka akn keluar berpindah ke tempat lain secara perlahan2. 
Antara punca mereka tak mahu berjiran dgn orang kulit hitam ni adalah mungkin tabiat orang kulit hitam tu sendiri. 
Tapi ak rasa tak sume orang kulit putih yg racist. 
Ade je yg sempoi tak kesah berjiran dgn orang kulit warna ape pn. 
Ini apa yg sering berlaku di negara2 Eropah dan juga US.
Kt Malaysia, Alhamdulillah tak pernah wujud masalah ni. 
Kita dah lama hidup harmoni dgn pelbagai kaum.
Kwn2 kite pn berbilang kaum.
Harap takkan wujud la masalah ni pada masa akn dtg.

Itu je info nk kongsi arini. 
Mlm ni ak bertolak ke Kedah utk 1 projek pendidikan.
Sape yg ade kt Kubang Pasu tu, pakat mai la no kt SMK Hosba, Jitra. 
Kami dari warga PROSPEK ingin memberi sedikit info dan guideline kpd adek2 SPM dan STPM.
Kami akn cuba bantu adek2 berjaya dlm pelajaran dan masa depan. InsyaAllah. >.<

Sayonara!

Thursday, February 10, 2011

Tips Hari Ini : Lokasi Terbaik Untuk Anda Membuat Dosa :: Chapter 103

Lokasi terbaik untuk anda buat dosa ape? Buang bayi! Ya! Buang bayi! Ada 7 lokasi semuanya.

1. Kawasan perumahan : Letak je depan umah org. Pastu tinggalkan sket kain baju. Tekan loceng umah org tu pastu ko lari laju2 nyorok blakang pokok sambil skodeng. Agak2 tuan rumah tu tak amek bayi ko, ko try umah jiran dia plak.

2. Tempat pembuangan sampah : Ini stok pompuan sampah gak la. Memang ko kene buang kt tmpt sampah gak. Jangan lupe pakaikan saluran oksigen kt bayi ko lu. Mane tau die tak bley tahan busuk sampah tu kan. Agak2 kalo ade ulat kt tmpt sampah tu, ko sapu la sket tmpt tu kasi bersih sket. Itu pn nk kena ajar ke? Oh, lupe..sampah masyarakat mcm ko mmg takde sivik. 

3. Tepi jalan : Ini kalo nk buat kena hati2 sket la. Jgn bg org nampak. Kalo bley ko buat tgh2 mlm sket. Agak2 line clear, ko letak baik2 bayi ko kt tepi jln. Pastu ko lepak lu jauh sket. Mane tau lepas sejam takde org lalu kt situ. Ko try port lain plak. Takot2 ade anjing makan bayi ko je.

4. Sungai : Port ni mmg terbaek gak la. Alang2 bayi ko nk tesembul tu ko ajak la pakwe ko g sungai. Alang2 bley basuh darah2 ko skali. 2 in 1. Jgn ko hanyutkan bayi ko lak. Ko ingt ade jin nk dtg kutip bayi ko? Letak kt atas batu sudey. Kang 2-3 jam ade la tu org asli dtg amek. Dun wori bebeh.

5. Semak samun : Ini kire port kenangan la ni. Yela, ko beromen pn kt dlm semak kan. Kirenye bak kate org dulu2, sirih pulang ke gagang. Balut la sket bayi ko. Takot2 ade ular mkn. Tak kesian ke..ak nk nangis da nie...

6. Tandas : Dalam tandas pon ko kene pilih gak. Ko jgn plak pilih tandas yg basuh sebulan sekali. Mengamuk bayi ko nanti. Busuk doe. Letak la kt tandas yg elok sket mcm tandas kt Mid Valley ke, Times Square ke, KLCC ke..at least ade air-cond. Tempat best lak tu siap ade lagu org nyanyi lagi. Bak kate omputih, sejuk perut lahirkan anak haram. 

7. Masjid : Ini lah tempat terbaik utk ko buang bayi. Mane tau la kan, bile bayi ko da besar nanti die bley jd tahfiz al-Quran, bley jd imam, bley jd Muazin, bley jd orang2 alim ulamak. Bile agak2 ko da nk mati nanti, ko g cari die kt masjid tu. Time tu ko ngaku la ko ni mak dia. Mane tau hati dia lembut utk maafkan ko dan trime ko balik. Nanti bley dia semayangkn jenazah ko. Pastu ko tunggu jela azab kubur. Ok da la..nk menitik da air mate ak ni.

Selamat mencuba!

Salah siapa? Masing2 jawab sendiri. BODOH.


Sumber : Kosmo


p / s : terdiam.

Wednesday, February 9, 2011

Hantaran :: Special Reblog Chapter


Entri ini adalah reblog daripada entri rakan sy. Beliau ingin berkongsi sedikit hasil nukilan beliau yg pada sy mempunyai bakat dlm penulisan blog. Ini adalah entri terbaharu beliau. Sama2 kita hayati.




Cuti, memang tak pernah ada plan lain selain jadi extreme 4x4 driver dalam hutan tebal mencari lokasi lokasi ajaib untuk dicampak umpan. Sepanjang sesi membuang masa lebih banyak persoalan persoalan berkaitan vagina dan  testis yang keluar berbanding perihal bontot politikus atau 
filem filem aksi dpawagam. Persoalan yang selalunya keluar dari mulut mulut jantan tipikal seperti aku, 

Kenapa, Hantaran tinggi sangat.
Mengapa, Si hodoh berpoket lebat tetapi busuk melongkang hatinya ibarat air tangkungan taik yang mahu dijadikan peneman diatas katil nanti.

Jadi terabailah jantan jantan tipikal yang kurang lebat poketnya tetapi teguh iman dan pendirian berbanding jantan berhati longkang yang lemah dibelai malam pertama. Mungkin juga malam kedua atau kelima bagi si jantan, yang dianggap sebagai lelaki yang memahami bagi si gadis.

Mengapa penghalalan pertemuan dua lubang kencing ini diikat dengan ritual seperti ini. Berapa ramai jantan diluar sana yang kurang berpoket lebat terpaksa berhutang, pinjaman, pajak semata mata untuk ritual pertemuan dua lubang kencing ini.

Penah dengar cerita dongeng seperti ini,

Keluarga si gadis memutuskan ikatan tunang selepas mengetahui si jantan  mempunyai hutang pajak yang belum langsai, atau keluarga si gadis meletakan tanda harga terlalu tinggi pada si gadis dan menolak lamaran jantan jantan yang tidak mampu membida harga tertinggi. Hey,, Adakah kau mengharapkan lelaki akan membida harga tertinggi dengan kau hanya bermodal rupa paras dan saiz pinggang kau. Hey, keluarga, adakah kau melekatkan tag harga pada tapak kaki si gadis kerana kesucian dan keterpeliharaannya. Berani kau memberi jaminan yang anak dara kau masih belum diratah jantan berhati babi diluar sana. Berani kau memberi jaminan seperti itu.

"Hina sangatkah aku dari pandangan keluargamu" meminjam kata kata dari kumpulan scan. 

Tidak cukup beruntungkah masih ada jantan yang mahu menerima anak dara yang kononnya dara seperti anak kau. Yang dibawah lapisan atmosfera diberi jolokan pelacur kelas bawahan. Hey, emosi aku kan, hey gadis, kau memandang kekayaan bukan,


One day, you will meet a man who cares for none of these things. Then you will know how poor you are!



Jika ada kelapangan, sudi2 la kunjungi blog soletiphitam beliau. Mari kita support rakan2 blogger. >.<

Tuesday, February 8, 2011

8 Reason Why Men Like Older Women :: Chapter 102



Older woman with younger man romance or marriage is not a matter of awe anymore. Many men huv found luv, harmony & happiness wif older women. Nowadays age is no more a criteria when it comes to matters of the heart. Earlier that was not the case & the woman involved in such a relationship was considered a ‘cradle snatcher’. Actually what makes guys attracted to older woman?
 

1. They date older women hoping she will huv enuf money in the bank 2 help them out. -__-"

2. They appreciate the attention wif none of the girlish teasing & simpering. lol. 

3. They r confident & comfortable in their own skin. They noe who they r & what they want out of life.

4. They don't yell, they don't swell & they're gratefull as hell..! Yaww!

5. Older women r more wise & experienced in their relationships wif men. 

6. Guys think they r better & more experienced in bed. >.<

7. The relationship is more likely 2 b based on honesty & mutual respect.

8 It is easier 2 trust an older women, as they aren't dat bothered about going out looking 4 sumone else. ^.^

It's less complicated which is why men luv cougars & cougars luv them! Is it? 

modification de la molécule


Monday, February 7, 2011

"Seseorang" Pelajar Malaysia Di Mesir Mengguris Perasaan Berjuta Rakyat Malaysia :: Chapter 101


'Dicampak ke Jeddah macam binatang,'' tertera ayat daripada khidmat pesanan ringkas (SMS) yang jelas memaparkan rasa tidak puas hati seseorang mengenai layanan yang diterimanya semasa misi pemindahan pelajar Malaysia di Mesir ke Jeddah, Arab Saudi. 

Terdapat kes terpencil bila pelajar yang diberikan makanan roti, merungut sambil berkata, ''kami tak makan roti, kami nak nasi lemak''.

- petikan Rencana, Utusan 6 Feb 11 



Kerana nila setitik, susu satu belanga ko rosakkan. 

Perumpamaan yg layak diberikan kpd manusia yg berotak tapi akal di lutut.

Hanya dgn ungkapan sombong dan bongkak manusia mcm ko, dah mengguris perasaan seluruh rakyat Malaysia. 

Ak tak tau la mak bapak ko terasa ke tak kn. Mungkin backup lg ade. 

Maklumlah, ko tu belajar kt oversea. IQ tinggi. 

Tapi sebenarnya ko layak disamakan mcm binatang yg ko sendiri sebut tu.

Ko lupakn jela nk balik tanah air ko ni. 

Tanah Melayu ni tak perlukan manusia yg tak tau apa itu "RASA BERSYUKUR" mcm ko.

Sumpah ak tak sangka wujud makhluk tak guna mcm ko kt dunia ni.



BODOH.



Sunday, February 6, 2011

Mengapa Wanita Menangis Sewaktu Akad Nikah :: Chapter 100

       Terdetik nk menulis kisah ini tatkala rumate ak menceritakan ttg satu kejadian aneh tapi penuh berkat. Beliau menceritakan terdapat satu pasangan yg akan bertunang. Segala persiapan telah dilakukan untuk majjlis pertunangan tersebut. Namun begitu, pada saat-saat akhir, majlis pertunangan tersebut telah diubah perancangannya oleh kedua-dua ibu bapa pasangan tersebut. Majlis yg sepatutnya majlis pertunangan telah menjadi majlis pernikahan. Saat akad dilafazkan, lelaki yg bakal menjadi seorang suami menggeletar tangannya. Sementara selesai akad tersebut, wanita yg bakal menjadi seorang isteri menitiskan air mata. Seketika, pengantin lelaki juga tidak mampu menahan sebak lalu terjurai jua air matanya. Namun, titisan air mata terus merebak kepada semua hadirin yg ada. Majlis pertunangan yg berubah menjadi majlis pernikahan kini menjadi majlis menitiskan air mata. Betapa berkatnya ikatan yg halal pasangan tersebut. 


     Situasi begini jarang sekali kita dgr. Tapi perkara yg sering kita dgr adalah "wanita akan menangis saat disahkan menjadi seorang isteri". Hampir semua majlis akad nikah kita akan dapat menyaksikan pengantin wanita akan menangis. Namun tidakkah kalian sedar, tangisan tersebut bukan sebarang tangisan. Tangisan yg hanya mampu dititiskan sekali seumur hidup sepanjang hayat. Walaupun ko kawen 4 kali. Tapi tangisan tu takkan sama dgn yg pertama kali. 


Mengapa wanita menangis sewaktu majlis pernikahan?
Mungkin ini jawapannya.  

- Menjadi hak milik yg halal utk lelaki adalah impian setiap wanita. Benarkah? Tak caye cube ko tanya sendiri kawan2 pompuan ko. Mungkin mereka mengakui keinginan tersebut. Secara otomatiknya, bila impian mereka dah tercapai maka perasaan sebak, terharu dan rasa tak percaya tu akan menguasai emosi mereka saat itu. Sebab tu la wanita akan menitiskan air mata. Yg tak ngaku tu mungkin awal2 lg dah berniat xnk melahirkan zuriat Nabi Muhammad atau mungkin ada sebab lain.

- Perasaan sedih kerana terpaksa berpisah dgn ibu bapa. Sejak kecil hingga dewasa, ibu bapa adalah tempat kita mengadu. Namun apabila sah menjadi milik orang, mereka terpaksa mengikut suami meneruskan kehidupan. Terpaksa duduk berasingan dgn ibu bapa. Ini perkara biasa yg dialami. Bg wanita yg masih nk tinggal dgn mak bapak lps kawen tu, sah-sah la anak manje. -__-"

- Sedar dgn tanggungjawab yg bakal dihadapi sebagai seorang isteri dan ibu. Berat tanggungjawab ni bila terkenang ibu sendiri. Kita juga bakal hadapi perkara yg sama. Rasakan la sendiri..

- Tiada sebab. Ade ke pengantin wanita yg menangis tanpa sebab lepas akad nikah? Mungkin ada.

Mungkin ini adalah jawapan yg umum yg hanya difikirkan secara logik oleh otak ak yg tak bape nk betul ni. Sebab ak pn tak tau punca sebenar. Segan nak tanya mak ak. Ape kate ko tanya mak ko lak? 



Sharing is Scary. Agagaga..:D






Lepas nikah pengantin berkarate. Ade tak? -__-"

GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI


SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??


Untuk maklumat lanjut sila klik header pic di atas..>.<

SAYA BLOGGER TERUNA IMPIAN : Impian ke? :: Chapter 99

Sape ta kenal ngn Blogger Tercinta Official sila klik banner bawah nih. Mai cheq nk kenaikan.



Sbnrnye ak bkn lah teruna impian mahupun putera impian idaman puteri impian seperti yg sering diuar-uarkan oleh media tempatan dan antarabangsa. Entri ni adalah salah satu kempen BTO utk memperkenalkan blog2 terutama blog yg baru mcm heranpulak.com nie. ( eh tetinggal blogspot ). Terbuka utk blogger2 yg xde anak lg a.k.a teruna a.k.a tak pnh buat hubungan terlampau dgn mane2 awexs. ohek3...>.<

Syarat utk menyertai kempen ini adalah menceritakan 6 keistimewaan blog masing2.

Cerita keistimewaan blog heranpulak.com ( tetinggal blogspot lg ) :

1. Blog ni tidak tetap temanya. Dalam sebulan, lebih daripada 18 juta kali temanya diubah. Ini adalah bertepatan dgn cuaca di Sri Langka yg dilaporkan sering berubah-ubah.

2. Segala entri di blog ini tiada kaitan dgn blog jiran ko. Sebab ak ta kenal pn sape jiran ko.

3. Blogger blog ini adalah silent reader. Maknanya adalah senyap pembaca. Ta paham lg, sila cari kamus Inggeris - Bahasa Melayu terbitan Awang Mursyidi.

4. Header blog ini direka khas oleh Pengasas BTO. Ko bley dpt ke?

5. Blog ini jarang mengandungi isi kandungan yg berat krn kandungan blog ini baru berusia 6 bulan.

6. Kebanyakkan entri blog ini adalah auta semata2.



Syarat seterusnya pula adalah menceritakan 5 kelebihan menyertai BTO.

Kelebihannya adalah :

1. Ko bley post sebanyak mana link blog ko kt wall BTO ni. 

2. Ko bley join mcm2 contest yg sering dianjurkan dan ko bley mempopularkan blog ko.

3. Ko bley jumpe ramai awex2 hot stuff dlm ni, contohnya Alyah

4. Ko bley kenal dgn blogger2 yg  otai2 seperti Af9, Enna dan Alyah.

5. Ko bley join gathering sambil menggodek-godek Camera DSLR kepunyaan Alyah.


So ape tunggu lagi? Mari join BTO utk kehidupan blogging yg lebih ceria >.<

Jgn lupe klik page BTO. Klik sini.


Akhir kata, Alyah..Along gurau2 biawak je..ohek3..


Cakap Dengan Tiang :: Chapter 98

Selamat hari ahad.

Selamt kembali ke kolej.

Selamat menghadapi tekanan kembali.

Amcm dgn cuti seminggu? 

Ada yg jd mcm ni? Klik sini

Harap korang kuatkn semangat.

Topik arini adalah berkenaan dgn org yg suke ckp sorg2.

Tak kira masa, tempat, situasi, cuaca, iklim, suhu dan sebagainya.

Ada saja yg dia nk ckp. Oppss...!

Bukan org gila ya..tp org yg SEPERTI org gila.

Gemar bercakap sorg2 apabila ; 

- main game
- usha fb org
- mengemas bilik
- basuh baju
- baring atas katil
- memasak megi
- pendek kata sume situasi

Apa puncanya?

Ko tau?

Entah.....ak xtaw apekehey.

Puncanya ada 2 bg lelaki.

1. Masalah kewangan
2. Masalah perempuan

Bg perempuan plak puncanya ada...errr...tak terkire..mls ak nk listkn.

Namun, ak rasa lebih tenteram org yg ckp sorg2 sewaktu dia sedar.

Kalo time tido die ckp sorg2, seram ouh!

Kalo kite layan besembang dgn org mengigau ni mmg pecah perut dibuatnye.

Sebelum akhir kata, kalo rumate korg ckp sorg2 sila lempang laju2.

Sekian.



p / s : sadis bile bckp dgn org dpn kite umpama ckp dgn tiang. ( salah satu punca org suke ckp sorg2 )

Saturday, February 5, 2011

Dua Tips Rahsia Blog Popular : Khas Untuk Newbie :: Chapter 97




Hai newbie sume! 

Olololo comeynye newbie baby blogger nie..>.<

Psstt! Psstt!
Hari ni ak nk bg kt ko dua rahsia : tips mudah popular dlm dunia blog.

So, ape yg ko kene buat?
Ini dia dua rahsia yg paling ketat kawalan rahsianya.

Hari ni ak akn bongkarknnya!!!

Tadaaaaaa!!!


1. Rahsia pertama : Ko kene rajin bukak blog org pastu ko taip "i dah follow u, follow me back!" kt shout box dorg. Haaa..kalo bley highlight kn besar2. Kalo blog tu xde shout box, ko taip je kt komen2 entri dorg. Ini cara paling mudah utk ko dpt follower yg ramai. Bile ramai follower secare otomatiknya ko jd femes la. Ye dak? Tapi ko jgn la pancing blog org tu. Ko ckp ko da follow tp ko tak follow pon. Ko ingt tuan blog tu tak bley nampak ke ko da follow dia ke belum? Jangan sampai tuan blog tu buat entri khas untuk shot ko. 


2. Rahsia kedua : Bile ko dah selesai cara di atas, cara kedua adalah ko kena suruh dorg klik iklan ko. Ataupun ko pancing la dgn taip mcm nie, "i dah komen entri siap klik iklan u lagi". Lps tu dorang mesti masuk blog ko dan klik iklan ko balik. Sebagai tanda terima kasih la katekn. Kalo ko betul2 klik iklan dorg, syukur Alhamdulillah... Ko mesti nak blogger lain klik iklan ko gak kn? Duit masyukkkk tu der...^.^ Lagipun mmg ini tujuan utama ko berblogging kan? 


Mudah kn rahsia ni?
Sebelum ko kuar dari entri ni, ape kate ko baca entri link ni. klik mejuez


Selamat berblogging! ^.^





p / s 1 : kalo tak faham gak entri ni ak tataw la nk ckp ape. -__-"

p / s 2 : ramai follower tak menjamin apa-apa.

Enna Banana Dapat Lolipop Pisang!!! :: Chapter 96

Entri khas utk adik sy iaitu Enna Banana.

Haaa tekezot ekau.

Special thanx to u 4 my new header.

Berbulan along buntu nk buat header.

Ade gak adek yg sudi nk buatkn utk along.

Nak nanges..T.T

Along suke dgn header baru nie. >.<

Nah along lanje enna lolipop perisa pisang




This is Enna --> Enna Banana

And our family --> BT

All I See Is You

You pulled me together, and skipped along.
Then you had me...from that moment on.
All i see is you.


Friday, February 4, 2011

Aku Benci Hosni Mubarak! :: Chapter 95



Kenapa aku benci Hosni Mubarak? Kerana : 


  • Beliau adalah seorang Presiden yg angkuh dan mementingkan diri sendiri.(tgk muke pn da tau)
  • Melakukan penindasan terhadap rakyat.(rakyat miskin terutamanya)
  • Melakukan penipuan dlm pilihanraya.(cian rakyat asyik kene tipu ngn die nih)
  • Beliau telah awal2 melantik 2 org anak lelakinya iaitu Alaa dan Gamal sbg pengganti pada masa hadapan. (gile kuase ke die nie?)
  • Beliau adalah tali barut Israel.(ade perjanjian pendamaian sejak 30 tahun lalu dgn Israel)
  • Beliau tidak bersetuju Amerika Syarikat keluar daripada Iraq.(nama je saudara seagama)
  • Terlibat dgn rasuah tender syarikat swasta dan kerajaan.(ta takot ke mkn duit haram?)
  • Polis die kejam. Ta caye tgk video kt utube. Polis tu maen lenyek je rakyat yg buat rusuhan tuh. Pastu org yg tgh smyg die g sembur ngn air. 
  • Beliau seorang yg degil.(sbb tanak letak jawatan walaupun dipaksa sume rakyat. ta reti malu tol)

Kesimpulannya, Hosni Mubarak ni ibarat mencurah air ke daun keladi.(betul ke perumpamaan nie?) degil betol. da kena desak mcm ni pn tanak letak jawatan lg. kononnya Mesir adalah negara dia. kalo die syg negara dia nape dia tak jaga rakyat dia elok2? Pengajaran utk pemimpin negara dunia yg lain. Sekian.


Mahukan kepuasan berblogger? klik Jom Join Kami Si Blogger Sekarang!

Kesan Cuti Terhadap Kondisi Fizikal dan Mental :: Chapter 94



Korang suke tak cuti?
Mesti korang sume ske cuti kn?
Jom kite kaji kesan2 cuti yg terlalu byk kt negara kita nie.

Kesan positif cuti : 

- dpt meluangkn masa dgn family
- dpt lepak ngn kwn2 lame
- dpt lupakn kesibukan esemen
- dpt tgk tv puas2
- dpt g mandi sungai
- dpt g mandi laut
- dpt ronda2 kampung
- dpt usha ank dara kampung
- dpt mkn puas2

Kesan negatif cuti :

- bile da dok ngn fmly, tahap rajin korg akn naik dgn tibe2 pd hari pertama di rumah. bile masuk hari kedua dan seterusnya, tahap kemalasan plak yg naik secara mendadak. bgn tido ngadap tv, mkn, tido balek. mau kene leter ngn mak korang. kalo bapak korang ade kt umah siap la kene mkn ngn tali pinggang. pastu post kt fb, "ahh bosannye dok umah..*.*" "ahh..rindunye kt kolej..T.T" "bile cuti nk abes nie..-__-"

- kalo da melepak ngn membe2 kampung, kuar mlm balek subuh2. tah ape je yg dibuatnye. sembang kt warung pak mael smpai pak mael pon naek fedup. order air byk tp sume air kosong. pastu g melepak kt tepi longkang kt bucu jalan sambil maen gitar. melalak sampai ke subuh. itu pun kalo sempat smpai ke subuh. dibuatnye kol 3 pagi tu hantu kak limah join melalak skali? masing2 lintang pukang sampai selipar pn sarung kt tangan.

- esemen sume tinggal kt kolej. alasan xnk bwk balek esemen adalah nak rehatkn mental. enjoy kt kampung ke hulur ke hilir. bile cuti da abes, baru teringat esemen ngn tesis belambak tgh tggu kt kolej. haaa rasekn ko..

- tgk tv mmg puas tapi yg fedupnye time kite na tgk citer otomen, adek plak na tgk citer teletubbies. perang dunia ke3 la jwbnye. masing2 tanak mengalah. last2 22 ekor kene pelempang sulung ngn mak.

- mandi sungai mmg la wajib kn. tp bile masing2 da tnjuk terel main terjun2 lipat ke blkng, silap2 mandi lap bdn je kt ospital. lagi2 musim ujan nie. dtg air gulung dari ats bukit tak ke naye. musim banjir ni kalo mndi banjir pn best gak kn..>.<

- mandi laut besh ouh. tapi musim ujan mcm ni usah le mike mandi laut. teman pn seriyau tgk ombak jahat tuh. tak gemor teman nengoknye...-__-

- ronda2 kampung tiap2 ptg syok ouh. abes sume umah org kampung die g. lagi2 umah yg ade anak dare. abes satu laman umah die tlg bersihkan. ade udang di sebalik ketam nih.....>.<

- ini part yg paling syok. lepak tepi padang permainan sambil cuci2 mate. abes janda pn die fewit kn. silap aribulan dpt mkn kasut free. 

- ini la part yg paling ditunggu2. saje ak highlightkn tebal2. bior awexs2 yg bace nie gabra sorg2. kalo kt kolej kene tahan lapor. nk save bajet katenye. padahal nk diet. -_-" bile da ade kt umah lupe diet miet segala. segala ape yg ade dlm peti ais sume disapunye. da ta hengat dunie da time nie. lagi2 kalo mak yg msk. perghhh jilat ibu jari kaki. lps seminggu pipi da mcm belon. peha da mcm tong gas. balek kolej baru tersedar berat da mengalahkan ibu yg mengandung. pastu post kt fb, "tidakkkk..!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"



eh..apesal kesan negatif nie mcm bg penerangan utk kesan positif je??



p / s : ak ni da ta tau jln balek umah ke ha?

Pengumuman Terbaru!!! :: Chapter 93

Pengumuman! Perhatian perhatian!




Ngehehe...saje je nk pomot tab kt atas nie.

Senang2 ade mase lapang usha la tab-tab kt atas nie.

Kalo korg nk tgk berita online, klik la kt online news. 

Kalo korang nk tgk usha sukan2 yg ade kt dunia nie, klik je kt world sports. utk kaki bola pn ade..>.<

Kalo korg nk maen snuker on9, klik je kt online billiards game tu. nk maen kene register lu. patu maen la puas2. bley lwn ngn otai2 snuker kt dunie nie. ni kire tmpt praktis korang la sblm korg g snuker bebetol kt mid valley tuh. =P

Patu kalo korg nk donlod sofware ke, muvie ke, klik je kt sofwares & muvies donlod tuh. mcm2 sofware n muvie korang bley donlod. 

Nanti kalo rajin, ak buat byk2 lg. >.<

p / s : ini adalah tempat2 yg slalu ak gune. kalo korang ade tmpt lg best jgn segan silu utk share >.<


Thursday, February 3, 2011

Tahukah Anda Amerika Juga Pernah Dijajah? :: Chapter 92



Selamat malam murid2 sume!!
Malam ni cikgu nk ajar satu sejarah yg melibatkan Amerika. 
Dahulunya benua Amerika hanya didiami oleh American Indians iaitu puak asli yg lebih dikenali sbg Red Indians. 
Murid2 sume kenal dgn Red Indians kn? 
Cikgu tau murid2 sume slalu tgk kartun Red Indians tu kn. 

Tahukah murid2 sume yg Amerika juga pernah dijajah oleh kuasa2 Eropah dunia berdekad yg lalu? 
Kt sini cikgu akn ceritakan secara ringkas. 
Kalo cikgu citer pjg lebar kompem cikgu yg cakap sorg2 nanti. 

Murid2 sume duduk elok2, pasang telinga, bukak mate luas2.

Jangan tido!!! Lempang kang!!! ( garang x )



Amerika menjadi tumpuan

  • Sepanyol merupakan negara pertama yg mengembara sehingga ke Amerika diikuti dgn Perancis, England, Belanda dan Portugal.
  • Kedatangan mereka adalah utk menyebarkan agama Kristian selain dpd ingin mengembangkan ekonomi, politik dan inovasi dlm teknologi pelayaran.
  • Tahun 1620, Sepanyol, Perancis dan England muncul sbg kuasa Eropah di benua Amerika.
  • Persaingan kuasa Eropah ini menyebabkan penduduk peribumi Amerika ( American Indians ) terpinggir sehingga menimbulkan penentangan.
  • Tahun 1620 sehingga 1763, 1.5 juta penduduk Eropah terutamanya dari England telah berimigran ke benua Amerika.
  • Orang Inggeris merupakan meyumbang terbesar imigran di Amerika sehingga berjaya mengalahkan perintis dari Sepanyol dan Portugal.


Perang Tujuh Tahun

  • Perang Tujuh Tahun adalah nama peperangan yg digunakan di Eropah.
  • Sementara di Amerika perang ini dikenali sbg French-Indian War.
  • Terdapat 4 siri peperangan yg berlangsung antara Perancis dgn Britain iaitu dari tahun 1689 hingga tahun 1763.
  • Tiga siri peperangan tersebut dikenali sbg Perang Perancis.
  • Manakala siri keempat dikenali sbg Perang Tujuh Tahun.


Peperangan

  • Pada tahun 1750, Perancis dan British telah bertempur di Eropah.
  • Peperangan tersebut telah merebak sehingga ke Amerika Utara. 
  • British ingin mengambil alih tanah jajahan Perancis di Amerika Utara dan ingin menguasai perdagangan bulu yg dikuasai oleh Perancis .
  • Red Indians juga telah bertempur dgn tentera British krn bimbang tanah mereka diambil.
  • Orang Inggeris di Amerika turut menentang peneroka dari negara Eropah lain.
  • Sepanyol di Florida dihalang bergerak ke utara sehingga ke Georgia.
  • Belanda dan Sweden hanya dibenarkan tinggal di wilayah yg mereka tuntut sahaja.


Kesan Perang Tujuh Tahun

  • Kemenangan kpd pihak Britain pada tahun 1763 menerusi Perjanjian Paris sekaligus menamatkan peperangan ini.
  • Perancis menyerahkan wilayah sebelah timur Sungai Mississippi kpd Britain.
  • Louisiana dan dua pulau di Sungai St. Lawrence dan New Orleans diserahkan kpd Sepanyol.
  • Sepanyol menyerahkan Florida kpd Britain.

Kesimpulan

  • Walaupun majoriti penduduk di Amerika terdiri drp org Inggeris, terdapat juga penduduk Scotland, Irish, Jerman dan Afrika.
  • Mereka membawa nilai sosial, kepercayaan, bahasa dan budaya yg berbeza ke benua Amerika.
  • Pada awalnya, tentera Amerika dan Britain telah bergabung utk menentang tentera Perancis.
  • 13 tahun kemudian Britain dan Amerika mula bermusuhan sehingga Amerika menjalankan revolusi.
  • Pada tahun 1776, Perang Kemerdekaan telah membebaskan Amerika drp jajahan Eropah terutama Britain dan Amerika mula mengecapi kemerdekaan. 

Pakaian tentera US dari dulu hingga sekarang


Haaaaa!!!! Tido ye!!!!!! Wake up!!!!!!!! Wake up!!!!!!!!!!!!!!!

Bosankn bljr sejarah? 

Tanpa sedar, sejarah memberi pengajaran.

Amerika pon penah kene jajah sblm muncul negara kuasa dunia dan sama mcm Jepun.

Kenapa kita pon x boleh jd maju mcm dorg?

Apakah puncanya? Adakah ini puncanya? Klik sini

Atau ada punca yg lain?

Semuanya ada di jari dan tapak tangan kita.

Kerana segala hasil bermula drp tangan kita yg melakukannya!!!

Cewah..tetibe terover semangat..=P

Menyesal tak, failed subjek sejarah time skola dulu? =P




p / s : gong xi! gong xi! ni yuen yi chia key wo ma? =P