Followers

Tuesday, March 29, 2011

5 Perkara Tak Senonoh Susah Ubah

Setiap hari korang ade tak perkara, perbuatan atau tindakan tak senonoh atau kurang siuman yg korang buat dan ianya susah utk diperbetulkan. Kongsikan 5 perkara tersebut. <--- soalan karangan Bahasa Melayu STPM taon depan.

5 Perkara Tak Senonoh Susah Ubah Chunk

1. Selalu lupa nak bayar lepas beli barang. Main blah mcm tu je lps org kedai tu bungkuskn barang. (byk kali kene kejar ngn tokey kedai)

2. Tido tak kira tempat, masa dan waktu. Ko bawak la aku kt mane pn. Dlm mase 5 minit je aku bley membutewzzzz.

3. Sering konfius letak henpon kt mane sedangkan baru seminit lepas gune. Padahal ade dlm poket seluar je. Tak pun tgh pegang. Sambil pegang henpon sambil cari henpon tu. Bongok kan.

4. Suka rosakkan barang yg orang bagi. Jangan la berani2 bg aku barang yg comel2. Cthnya seperti cekak rambut, key chain, rantai ade manik2 atau benda2 yg kecik ni. Sekejap je hancur lebur.

5. Tidak dapat dikesan. Tolong kesankan?


Thursday, March 17, 2011

Kite Bakor Je..!! Wak Lu...????

Sesuatu yg ak perasan saat ini adalah impak yg dihasilkan oleh filem Hantu Mak Limah Balik Rumah. Korang ade rase mcm tu gak tak? Di mana saja tak kira di FB, sewaktu berbual dgn kwn2 mahupun sewaktu yg sewaktu dengannya, akan tercabul keluar ungkapan2 yg digunakan dlm filem tersebut. Antaranya adalah : 

  • "Kite bakor je"
  • "Pelawok pelawok pelawok"
  • "Cer citer ce citer"
Ungkapan2 ni seolah2 telah menjadi satu trend bg kita dlm perbualan seharian. 

Tidak kurang juga ungkapan2 yg digunakan dalam filem Adnan Sempit. Antaranya :

  • "Wak lu"
  • "Rileks la der"
  • "Lets papaya"
*ak rase mcm ade yg kurang la..ape lg erk?

Tidakkah korang terfikir ini merupakan satu kejayaan bg filem tempatan? Tahniah..>.<
Itu je nk citer..>.<

Sunday, March 13, 2011

Akhbar No. 1 Negara (layak ke?) Mohon Maaf Kepada Ultraman?

Cukupkah dengan hanya meminta maaf dgn rakyat Malaysia? 




Baik ko g mintak maaf dgn rakyat jepun. kalo ultraman ni betol2 wujud mesti dia kasi penampor laju2 kt ko. berita harian, akhbar no 1 negara? hahaha....anda nilai sendiri.

Rupanya Ultraman Yang Selamatkan Maria Ozawa

kenapa masyarakat kita menjadikan bencana tsunami di jepun sebagai bahan jenaka? kalo tgk kt twitter pn mmg ramai yg menjadikan tsunami sebagai bahan gurauan. termasuk akhbar tempatan negara kita. dan yg paling sedih menyiarkan berita ttg keselamatan pelakon porno di negara matahari terbit tersebut. apa sudah jadi dgn dunia akhir zaman? bagaimana jika negara kita kena gempa bumi dan tsunami, rakyat negara lain mempermainkan kita? segalanya tak mustahil dgn kuasa Tuhan. heran mengapa ada manusia yg otaknya masih tidak bertamadun. lepas ni bencana apa pulak yg akn jadi dan akn terus jadi bahan jenaka. jgn sampai malaysia pn ditimpa bencana baru masing2 nk ternganga mintak tolong.




Mungkinkah Ultraman yg selamtkan Maria Ozawa? STUPID.

Tsunami VS Radioaktif VS Ultraman VS Maria Ozawa



Selepas dilanda gempa bumi dan Tsunami, kini penduduk Jepun berhadapan pula dengan satu lagi bencana yang lebih dasyat iaitu letupan loji nuklear.Penduduk Jepun kini berhadapan dengan kesan daripada kebocoran radioaktif ekoran daripada letupan  bangunan Stesen Tenaga Nuklear Fukushima Daiichi 1 milik Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) . Lebih kurang 45 ribu penduduk berdekatan dipindahkan ke kawasan lain bagi mengelak daripada kesan radiasi tersebut yang mampu membawa maut.
sumber : kosmo

Antara kesan2 radiasi tersebut seperti yg kita tahu antaranya adalah kulit menggelupas, sakit pada sendi dan tulang belakang serta kegagalan buah pinggang berfungsi dgn sempurna. Selain tu, radiasi ni jugak boleh buat otak kita tidak berfungsi dgn baik, deria rasa kat tangan dan kaki hilang dan mata menjadi kabur serta gangguan pada pendengaran (org kampung ckp, pekak badak). Radiasi ni jugak boleh terkena pada hidupan darat dan laut. Jepun yg kaya dgn sumber protein mungkin akan berhati2 lepas ni untuk makan ikan. Boleh bawak mati pada manusia ouh~

Gambar di bawah adalah antara kesan2 daripada radioaktif. Tapi kebanyakkan daripada gambar di bawah adalah kesan sinaran radioaktif sewaktu pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki dulu dan ianya boleh merebak kepada zuriat.










Sedihkan tgk mangsa radiasi ni. Kenapa nasib hidup mereka macam ni. Mereka juga berhak utk hidup sempurna mcm kita. Sememangnya ada hikmah disebalik semua ni. Tapi manusia masih mahu melawan kuasa Tuhan. Renung-renung.

Dalam keadaan huru-hara masih ada manusia berotak berfikiran seperti kehilangan otak. Kenapa masih ada manusia yg menjadikan Tsunami di Jepun sbg bahan gurauan? Contohnya seperti salah seorang artis tempatan kita yg femes dgn watak seorang ustaz dalam sebuah drama yg pernah mencetuskan fenomena sambutan yg luar biasa. Apakah mesej sebenar yg beliau ingin sampaikan dlm Twitternya? Gurauan? Atau mahu menunjukkan kebodohan sendiri? Jika Ultraman, Power Rangers dan Doraemon yg beliau maksudkan boleh menyelamatkan mangsa2 Tsunami di Jepun, aku rasa dia ni layak masuk hospital Tampoi lepak ngn Keluang Man dan Tiong Man. Gurauan paling tidak bertamadun bagi bulan Mac 2011. 
Sumber utk info ini : gelombang rakyat

Masih ada sesuatu yg kita masih belum selesai. Ya, Maria Ozawa. Anda kenal siapa beliau?


Cantik bukan? Bagi lelaki, mungkin korang dah kenal. Bagi perempuan yg masih tidak kenal, beliau adalah seorang pelakon porno yg paling femes bukan saja di Jepun malah di seluruh dunia. Aku terkejut dengan keratan akhbar Kosmo hari ini.  

"Nasib pelakon pornografi Jepun, Maria Ozawa menarik perhatian ramai selepas negara tersebut dilanda gempa bumi dan tsunami kelmarin.Para peminatnya di Indonesia yang mengenalinya dengan gelaran Miyabi tertanya-tanya keadaan pelakon itu selepas bencana tersebut. Akhbar Kompas semalam melaporkan Miyabi menulis di akaun laman sosial Twitter miliknya menyatakan bahawa dirinya selamat."Setelah gempa bumi, saya selamat dan berada di kem bersama semua anggota pasukan pengurusan saya," tulis Miyabi dalam bahasa Jepun."
地震の後、私安全だ私の経営陣のすべてのメンバーキャンプにいた - mungkin ini yg diberitahu oleh Maria Ozawa dlm Nihongo di Twitter beliau. ( aku translate direct dari google je =P )

Mengapa masih ada segelintir masyarakat yg memberi perhatian kpd pelakon porno tersebut? Tepuk dahi, tanya diri sendiri.


Klik sini utk menonton : video stesen tenaga nuklear meletup
Sekian.

Friday, March 11, 2011

Malaysia Kena Tempias Tsunami?


Cuba anda lihat pada gambar di atas. Gelombang Tsunami berterusan sehingga masuk ke perairan Laut China Selatan. Jika lakaran gelombang Tsunami tersebut benar, maka Malaysia juga akan terkena tempias Tsunami dalam masa beberapa jam. Info terkini, Indonesia telah dihentam Tsunami pada jam 7 ptg td. Kalo korang ada kt Borneo dan di negeri Pantai Timur, jgn p maen kt laut la ye. Takot2 ombak tu besar. Mane la tau kan.  Info dari CNN mengatakan bahawa 20 negara telah diberi amaran gelombang Tsunami.


Jom tgk live kt Al-Jazeera : http://english.aljazeera.net/watch_now/



Jepun Dilanda Tsunami Lagi

11.3.2011

Tsunami melanda Jepun sekali lagi. Dengan gegaran gempa bumi 8.9 adalah yg paling kuat dan menyebabkan tsunami. Setakat info terkini, Russia, the Philippines, Indonesia, Papua New Guinea, Australia, Fiji, Mexico, New Zealand, Guatemala, El Salvador, Costa Rica, Nicaragua, Panama, Honduras, Chile, Ecuador, Colombia, Peru and the United States dah kena dan bakal kena. Agak2 Malaysia pn kena tak? Harap Malaysia tak kena la. Sama2 la doa sumenya akan selamat. 

Tuesday, March 8, 2011

Wanita :: Chapter 106

          Wanita adalah nama umum bagi kaum Hawa. Nama Wanita adalah khusus untuk manusia yang mempunyai kemampuan melahirkan zuriat. Nama lain untuk wanita adalah perempuan, gadis, dara dan betina (untuk haiwan). 

          Jika anda adalah seorang wanita, maka anda adalah golongan yang bertuah. Wanita dicipta khusus untuk menyerikan hidup lelaki. Tanpa wanita, siapalah lelaki. Tanpa wanita, tidak bermakna hidup ini.

          Karena kau seorang wanita yang ingin dimengerti, aku tujukan lagu ini. Khas buat Umi, adik, awak dan seluruh wanita yang wujud di muka bumi. Kewujudan kalian sangat beerti. 

Selamat Hari Wanita Semuka Bumi.



p / s : tidak lupa juga selamat hari betina untuk semua haiwan betina kt dunia nie. >.<