Followers

Wednesday, June 15, 2011

Tokyo : Day Three

Perjalanan hari ni bermula pada jam 9 pagi menuju ke kampus cawangan Uni Rikyyo di Ninza. Di sana kami dibawa berjalan sekeliling uni yg sgt besar tu. Kawasan uni tersebut direka menggunakan konsep Europe. Bangunan dia walaupun dah lama tapi sgt cantik dan dihiasi dgn bunga yg mengikut musim. Uni ni adalah uni private dan pelajarnya adalah dari kalangan anak2 org berada. Maiko mengetuai kami melawat ke library, kelas, cafe, dan ke semua bangunan yg ada. Kami berhenti sebentar di padang besbol sambil melihat pelajar mereka berlatih.

Selepas dibawa bersiar2 di kawasan uni, kami masuk ke dalam kelas utk membuat discussion dgn 19 org pelajar yg mengambil Tourism courses. Kami dibahagi kepada 4 kumpulan dan diberi tugasan yg berlainan. Kumpulan kami terdiri daripada 3 pelajar UM dan 5 pelajar Rikyyo dgn tugasan bertajuk Campus Life. Kami mula berkenalan antara satu sama lain. Aku pun dgn kepala jahat memaksa mereka utk perkenalkan diri dalam Bahasa Malaysia sementara kami perkenalkan diri dlm Nihongo. Kelakar wa ckp sama lu dorg pronounce BM. Hahaha..Lepas discuss kami pn kene present. 

Sebelah ptg bdk2 tadi bawak kami sume g jln2 kt sekitar Tokyo di kawasan Ikebukuro. Bapak ah ramai gila dan mata aku masih memerhatikan warga Tokyo yg Harajuku iaitu berpakaian seperti Gothic ikut style mereka sendiri. Macam2 pesen! Kami di bawa ke kedai2 yg menjual manga, permainan video game, figura, dan barangan gajet. Sekali tgk tudiaaaa iPhone 4 dia nak tau harga brapa..40,000 yen. Tapi nk tau sama dgn brapa hengget..RM 1,600. Wak luh???? Murah gila??? Mintak maap byk2 la ye kt sape2 yg kirim iPhone 4 kt aku tu..aku tak bwk duet byk la. Makan minum kt sini mahal doe. Gua mintak ampun aaa...PS3 320GB plak harga dlm around 30,000 yen sama dgn dlm RM 1,300. Wii dgn XBox plak murah sket dlm 20,000 yen sama dgn RM800. PSP dlm 15,000 yen sama dgn RM 400. Ikut hati aku ni nk je beli sume tu tp aku kene save bajet doe. Baru 3 hari kt sini duet dah lesap 3000 yen. 

Malam plak kami menuju ke restoran Malaysia berdekatan dgn hotel. Di restoran tersebut kami bertemu dgn 2 org pelajar perempuan Malaysia yg membuat arubaito ( part time ). Dorg dah 4 taon kt sini dan akn tamat pengajian pada taon depan. Spjg 3 hari ni, aku dah 5 kali terserempak dgn rakyat Malaysia. Lepas makan kami bergambar bersama dan pulang ke hotel. Pelajr Rikyyo yg bersama kami tadi aku ingtkan dorg terus balek, rupenya dok togok beer kt cafe depan hotel kami nie. Aku pn g lepak skali dgn dorg sembang2. Harus diingatkan, mulut mereka sgt busuk dan aku tak sentuh pun beer tu okeh! Aku juz sembang2 dgn dorg pasal aktiviti utk esok hari. 

Haaa..lupe nk bgtau, kt sini aku ade kembar. Nama dia Sato Hitoshi dan perwatakannya gila mcm aku. baju kami pakai tadi sama dan dorg sume anggap aku dgn Hitoshi sbg kembar yg dah terpisah 20 taon lamanya. Umur beliau masih 19 tahun, orgnya kelakar dan asyek kene buli dgn aku. tak lupe gak kt Ryu yg ske lepak ngn aku spjg hari td. So, mcm bese gmbar dlm dslr tak dpt diupload dan aku hanya amek gmbr gune PinkBerry je. >.< Cekidoutyo!!!

Gambar yg dpt dicilok dlm kamera si Hanim nih masa 1st day di kedutaan.


Shibuya Sentral.

Awek skola yg tak cun. haha

Sewaktu tiba di cawangan Rikyyo Uni

Kawasan komputer dlm library.

Depan church. Tanda salib tu jgn tgk doe! haha

Yg depan blah kiri ni Ryu, blah kanan ni lah kembar aku, Hitoshi. haha..tak sama langsung!

Tambahan..nama mamat sdpn skali ni Wani..!! hahaha nama adek pmpn aku doe!

Lepas makan mlm. Ini la restoran Malaysia.!

Topup kad train



Kawasan depan gym Rikyyo Uni.

Dorg tgh training besbol. 


Pekerja libry ni tgh tnjuk cara nak search buku.

Dorg bkn on9 fb tp search study punye esemen doe..

Inilah Maiko. Muka dia tak nampak langsung mcm Japanese. Mcm pelakon Hong Kong doe! 



Pintu masuk library

Bdk2 dok khusyuk stdy

Tempat baca majalah.

Kantoi dgn aku sorg..hahaha!



Bdk2 ni dok ngorat Hitoshi dgn Ryu.

Tgh sembang program hari ni.

Kawasan rehat pelajar Rikyyo


Dari atas kelas




Dalam kelas pun ade tv besar gajah..-___-"

Hitoshi ni memang sengal doe..

Kt kedai figura anime!!! Gundam dia mahal doe!!!

PS3..!!!

Wii ngn XBox!!!!

Saje amek gambar rambut dia. hehe

PSP..!!!





CD One Piece

Tandas dia stylo ouh! Sume gune sensor. Jakun gila aku!

Air pancut dlm mall..hoho


Tempat isap rokok! Gila stylo siap ada ekon dlm rumah kaca nie. Yg jaring kt tgh2 tu dia sedut asap rokok. Stylo gila!

Ok ini la pandangan dari luar restoran Malaysia. >.<

So ini la gmbr yg sempat dikongsi dgn korang. Tunggu jela ea gmbr dlm kamera dslr nti aku upload kt fb. Aku tanya dorg kenapa sume org pakai iPhone 4. Dorg bgtau iPhone ni bkn saja2 utk menunjuk2 kt org atau sebagai gajet perhiasan. Tapi menatang ni sgt penting dlm hidup dorg sbg warga Tokyo. Dgn menatang nilah dorg akn guna sebagai mencari maklumat dlm kelas, search jalan bwh tanah yg lengang pada Rush Hour, guide ktorg utk ke mana2 sbb membe baru ktorg ni pelajar Tourism dan yg paling penting menatang nie sgt penting utk masa depan mereka. Kenapa masa depan? Sebab kerajaan dorg akn hantar maklumat dan segala urusan menerusi menatang tuh. Dorg cari kerja pun guna menatang tuh. Pendek kata menatang tuh mmg kene ade kt tgn 24 jam lah. Kalo tak dorg akan ketinggalan walaupun seminit tak pegang. Gila hardcore! Aku tanya dorg, tak guna BlackBerry ke? Dorg tak pernah tahu BB tu menatang ape!!! What the???!!!

Ok lah esok kami akan ke Uni Utama Rikyyo yg berdekatan dgn hotel kami nie. Di sana akan ada lg program yg lebih memenatkan. Hari ni je ktorg dah berjalan kaki lebih kurang 100 KM. Nak patah dah lutut. Gua nak Skype dgn Yoon Joon jap. Ohek3...>.< Jumpe esok!


Tuesday, June 14, 2011

Tokyo : Day Two

Hari kedua di Ikebukuro, Tokyo. Jam 4 pagi dah cerah macam jam 7 pagi di Bangsar..haha..aku semayang kt bilik pn main belasah je kiblat. Jam 8 pagi kami menaiki train ke Shibuya. Program hari ni ialah bertemu dengan Duta Malaysia.

Setibanya di Shibuya, aku merasa kaget sebentar. Yelah kan, sebelum ni tgk Shibuya Central dalam muvie Tokyo Drift je. Tup tap tup tap, hamek ko depan mata. Punya la ramai makhluk mata sepet yg cross jalan yg paling terkenal kt dunia nie. Korang mesti penah tgk kan orang lintas jalan kt Shibuya ni. Aku pun join sama melintas. Hahaha..jakun gila.

Awek2 kt sini dress up MasyaAllah....tak berkelip aku tgk. Fesyen dorg mcm anime ada, mcm L Death Note ada, mcm alien ada, mcm2 ah ada! Dress up tanak kalah mak datin kan. Rambut bling2 naik juling mata aku. Tak kurang stylo gak laki kt sini. Ramai gila hensem mcm aku. Hahahaha...kalo nonoq kt UM tgk kompem cair...~_~"

Masyarakat metropolitan kt sini semuanya jalan macam robot. Jalan raya punya clear tapi laluan pejalan kaki astaga...trafik jem gila. Silap langkah pasti ada rezeki bertembung dahi dgn Maki Horikita pelakon Hanakimi tuh. Jalan punya jalan punya jalan sampai naik ketumbit kaki aku dibuatnya, sampai juga di Pejabat Kedutaan Malaysia.

Menurut pensyarah kami, tiada student dapat bertemu muka dgn Duta Malaysia Datuk Shaharuddin di dalam pejabat beliau. Aku dan dua org lagi rakan student bersama Dekan dan pensyarah bertuah dapat bertemu muka dan berbual ttg pendidikan di UM dan kehidupan di Jepun. Mungkin kami antara orang yg bertuah dapat lepak2 dlm pejabat beliau sambil minum teh dan bergambar bersama. Takkan aku lupakan peristiwa bersejarah ni sebab Duta tersebut juga adalah bekas pelajar UM. Menurut beliau, kami adalah satu2nya student universiti pertama dari Malaysia yg berani menjalankan projek sebegini di negara Jepun. Sebenarnya bukan mudah nak laksanakan projek besar begini. Student dari universiti lain, amacam? Tanak try? Best wooooo walaupun perit.


Selepas kami makan tgh hari di Kedutaan, kami berjalan pulang menuju ke Shibuya Sentral. Sekali lagi kami buat perangai jakun cross jalan kt situ sambil cuci mata. Ada la sempat aku snap beberapa pic warga Tokyo yg stylo2. Di suatu sudut terdapat sebuah tugu anjing yg terkenal. Anjing tu mati kt situ sebab tunggu tuan dia tak balik2. Punya la setia anjing tu dgn tuan dia dan tahniah wahai anjing, ko dapat tugu sebijik. 


Sepanjang perjalanan aku memerhati gelagat warga Tokyo. Gaya mereka cukup stylo tapi aku respek kt dorg. Walaupun mereka dalam keadaan Rush Hour tapi disipilin mereka cukup tinggi. Mereka akan beratur ikut barisan time nak naik train. Tapi aku buat perangai kt KL Sentral. Potong barisan. Hahahaha...tapi bila aku tgk dorg sume beratur, aku pun pegi ikot beratur skali. Malu...>.<  Train dia walaupun dah lama tapi laju gila dan bersih keadaan dalamnya. Sewaktu train berhenti di next stesen, dorg akan bagi laluan kt orang yg nak kuar dulu. Lepas abes org kuar baru dorg akn masuk secara teratur. Cuba ko tgk mcm mane org KL berebut masuk dalam Komuter. Siap tercium ketiak Bangla lagi. -___-"  Satu benda yg aku jeles gila time dlm train. Bila dorg masuk je dlm train, benda 1st yg wajib dorg buat ialah keluarkan iPhone 4 atau Sony Ericsson flip dan mengadap menatang tu sampai turun train. Aku tak jumpa lagi budak sini guna BlackBerry!!! 


Tadi malam lepas Maghrib, kami ke sekitar kawasan Ikebukuro utk mencari makan malam. Kami makan di restoran yg menjual makanan Tempura. Aku makan Tendo je sebab aku tak lalu nak tgk die punya udang ngn ikan tu. Membe lain melahap mcm2. Harganya murah iaitu 600 Yen bersamaan dgn lebih kurang RM20. Lepas makan, aku rasa nak muntah. Pale aku pening gila. Mungkin sebab nasi dia yg melekit tu dan aku dah tersalah letak kicap. Kicap masin yg sebenarnya bukan utk nasi tu. Mungkin ada alkohol dalam tu? Aku jalan pun dah terhuyung hayang...~_~"


Kt sini org tua pun pakai keter Skyline doe..rilek je lalu lalang...kt KL sape pakai Skyline da kire gempak gilaaaa....dari semalam aku cari motor RXZ ngn LC..satu pun tade! Apetah lagi Mat Rempit! Moto yg ada kt sini hanya skuter dan Honda Cup bulat je! ~_~"


Okay itu saja cerita utk hari ini. Mintak maaf sebab tak dapat nak transfer gambar dlm kamera dslr akibat lappy aku tak dpt nak detect memory card. Tapi mcm bese aku ade snap guna PinkBerry aku. Hahaha...lets cekidout bebeh!






Nampak tak kicap yg dah buat aku mabuk tu?




This is mine.

This is mine too. Tak abes! hahaha



Kenari atau Daihatsu?

Ini kucing. Harganya errr...tgk la sndiri..hahaha


Program esok kami akan ke Rikyyo University utk majlis perasmian dan pertukaran budaya serta bahasa. Nak tau apa jadi hari esok? Tunggu entri pada malam esok pula! >.<

Okay...nak skype dgn Shami, Amin dan Raju..!!!! hahahaha...

p/s : Yoon Joon..imy..!