Followers

Wednesday, December 7, 2011

Chunk Silva Adik Kepada David Silva Bertemu Nazmi Faiz

Kepada anda yang tidak mengenali David Silva, beliau merupakan pemain bola sepak di Manchester City. 


Adiknya yang bernama Chunk Silva juga seorang pemain di akademi bola sepak Barcelona yang kini sedang bercuti-cuti Malaysia. 

Chunk Silva berkesempatan bertemu dengan Nazmi Faiz iaitu seorang pemain skuad Harimau Muda B yang telah mencetuskan fenomena sensasi di arena bola sepak Malaysia kini. 

Beliau yang diberi gelaran sebagai Kaka Malaysia kerana wajahnya yang mirip pemain berkelas dunia tersebut telah bertemu dengan Chunk Silva dalam rancangan sukan Stadium Angkasa.

Gaya permainan Nazmi Faiz dikatakan mirip dengan Xavi dan Cesc Fabregas dan beliau yang baru berusia 17 tahun kini dikatakan berbakat besar untuk mencipta karier kelab bola sepak di luar negara seperti di Sepanyol. 

Dalam pertemuan singkat antara Chunk Silva dan Nazmi Faiz, mereka sempat bertukar pandangan tentang gaya dan suasana permainan antara Malaysia dan Sepanyol. 

Dikatakan, Chunk Silva akan cuba membodek pengurus akademi Barcelona untuk membawa masuk Nazmi Faiz menjalani latihan di sana bagi mengembangkan lagi bakat beliau. 

 Chunk Silva bakal pulang ke akademi dan meneruskan latihan beliau di sana dalam masa terdekat ini. 

Mungkinkah ada pemain Malaysia yang bakal mencipta sejarah di Barcelona? 

Lihat gambar.








Nazmi Faiz bersama Chunk Silva.


Ini adalah khayalan semata-mata. Ngeh..ngeh..ngeh..



Monday, December 5, 2011

Tusukan Paku Pada Kaki


Hari ini kaki saya tercucuk paku pada bahagian tepi tapak kaki. (seperti gambar buruk di atas)
Saya menahan kesakitan sewaktu hendak menarik paku tersebut keluar. 
Pada mulanya agak sukar untuk mengeluarkannya sehingga saya berfikir untuk menghubungi pihak bomba.
Namun setelah berusaha beberapa kali barulah paku tersebut berjaya dikeluarkan.
Darah mencurah-curah keluar sehingga saya terpaksa menghentikannya dengan tisu.
Lama-kelamaan, darah tersebut berhenti mencurah. 
Kini, setelah 2 jam kaki saya sudah tidak merasa sakit lagi.
Syukur.

Sekian.

Tuesday, November 8, 2011

Tatacara Pengasingan Kaum Di Kantin Sekolah, WTH???

Adakah jurang perbezaan kaum telah dipupuk sejak dari bangku sekolah lagi? Adakah pihak sekolah sendiri yg mencipta tatacara itu sendiri ataupun iaya datang daripada arahan pihak tertinggi dlm kementerian? Mungkin ada justifikasinya mengapa tatacara ini dibentuk namun, adakah perkara sebegini releven bagi sebuah negara majmuk yg menuntut keharmonian dan perpaduan semua kaum?

Gambar di bawah menuntut pandangan dari anda.









Kenapa perlu wujudkan pengasingan tempat makan pelajar yg berlainan bangsa? Jika sejak sekolah lagi sudah dipupuk sifat perbezaan kaum begini, bayangkan jela apa akan jadi bila mereka menginjak dewasa nanti. 


Gambar diambil di salah sebuah kantin sekolah luar bandar di Negeri Sembilan. 
Oktober 2011.

Wednesday, November 2, 2011

Tips Kuruskan Badan Paling Mudah

Gua nak kasi tips ringkas camne nak kasi kurus tanpa menelan pil kurus atau pil kuda. Gua ingat lagi pesan arwah atok gua sewaktu gua belum lahir lagi. Dia kasi gua petua cmne nak kurus dengan mudah tanpa perlu bertemu tok dukun atau pawang.

Jangan tinggal breakfast.
- Atok gua cakap kalo tak tinggal breakfast, lu akan dapat kawal pengambilan pemakanan waktu lunch. Begitu juga dapat kawal tahap kelahapan waktu dinner. Makan secara sederhana dan on time. 

Lupakan air bergula dan ais.
- Mak gua pun dah pesan jangan banyak minum air gas, teh ais, milo ais. Tapi gua degil, gua minum jugak. Padayappa gua kurus kering.

Teguk air masak banyak-banyakkkk sangat.
- Lu jangan risau la bekalan air mentah kat Malaysia ni masih banyak. Kalo rasa tak cukup lu tadah mulut kat langit lepas jam 5 petang. Musim hujan skang ni.

Lupakan facebook dan tilam.
- Amek masa 30 minit je jogging atau bersenam. Kalo malas sangat, duduk atas lantai, main kad poker, at least otak begerak, tangan begerak, kaki pun begerak sebab tendang member main tipu.

Menginap di salah satu gurun di Afrika selama 30 hari. 
- Lu ikot cara idop suku kaum kt sana. Kais pagi makan pagi, kais petang cacing lu dapat. Lu telan la cacing tu idop2. Ada banyak protein, kompem lu tak mati. Cukup bulan badan lu kering.



Adios!

Thursday, July 21, 2011

Fasilitator Eskelator

esok aku akan ke pulau pangkor selama 9 hari. aku dan sorg lg rakan ditugaskn oleh jabatan kami utk menjadi fesi kepada student dari jepun, korea, brunei, thailand dan malaysia sndiri. oh gosh, kulit aku akn bertukar menjadi hitam metalik lepas ni. kt sana nanti aku akan update la. itu pn kalo line berukben digi ni ok. sape2 nk kirim keychain ke, ikan masin ke, telur masin ke, kicap masin ke, bank in la ea. gua tgh sengkek. okdabai.

Wednesday, July 20, 2011

Otomen Berubah Rupa Menjadi Kambing

hari ni aku g maen skate kt tmpt bese. terjadilah 2 peristiwa yg stylo mylo gila. aksi turun bukit pertama, aku nk practise T-Brek. tapi last2 aku berputar 360 degree lalu jatuh terlentang. depan pak arab plak tuh! tp aku tak rasa malu sbb ak mmg tak reti malu. 

aksi kedua plak turun bukit yg lebih curam. try buat T-Brek lagi. kali ni aku betul2 tak bley control blade dah. ingt nk landing atas rumput tapi aku tertahan pokok kt depan. sekali lagi aksi turning 90 degree plak lalu melayang dan terhempas. tapak tangan terasa sakit ya amat. sampai bilik, tgk dah bengkak. bak kata bro bladerz, "No Pain No Gain". 

sebenarnya aku nak promote dua benda mlm ni. 1st skali butik online yg diasaskan oleh Cik Riben Putih. beliau menjual tudung dan shawl semurah RM10. penghabisan stok katanya. korang boley la saport beliau dgn membeli tudung secara online untuk dipakai sewaktu raya nanti. jika berminat boleh melawat butiknya Butik Riben Putih.

satu lagi aku nk pomot fan page seorang wira negara kita. beliau baru sahaja menapak di bumi Malaysia sekitar sejam yg lalu. korang boley la klik Otomen's Fan Club utk menjadi ahli keluarga baru otomen. korang boley letak link blog korang, boley pomot bisnes, boley pomot segala aktiviti korang dan paling penting korang boley buat gile sawan sewel dlm nie. jgn tunggu lagi, sume otomen dijemput utk menyertai kami!!!

aku rindu gila dgn dia nie..


Monday, July 18, 2011

Albus Severus Potter

hari ni utk kali keduanya tgk harry potter. pertama kali tgk, byk kejutan. kali kedua, aku cuba memahami jalan cerita. baru aku faham nape severus bunuh dumbledore. ngehehe...


sedeyh aku dgn mamat nie. menitik air mata bro!


paling kelakor bile 19 taon kemudian. tak ley blah anak weasly muke sama mcm dia. anak sedara dia kot in real life? muke setepek sama. ngiaahahaha...

anak harry potter, albus severus potter sgt comel. harap2 rowling buat sambungan citer anak dia plak. sedeyh doe dah abes. 



nanti ak nk kasi nama anak aku, hermione orked. boley?

p/s : aku rindu gila la kt kambing aku. cmne aku nak bgtau dia ea. takot..=(

Sunday, July 17, 2011

My Radical Bladerz

Now i got a new life and new gepren, rollerblade! ngiaaahahaha...guest what, aku baru maen 2 hari dah bley buat 2 skill. hahaha...td lepak dgn geng2 Radical Bladerz! dorg mmg kaw2 bladerz terhebat. aku ni beginner lagi. tadi pun turun bukit terkangkang jatuh gedebuk!!! 

so skng nie aku target this one!

oh seba ratu hati ku!



ngiaaahahaha..bro jgn tekezot 1 hari ak dtg dgn seba nie..ngiaaoou!!


benda ni boleh buat aku release sume tensen2 dan semak2 yg berserabut dlm pale hotak. daripada aku layan corner tgh2 mlm baek aku maen skate kan. sape2 yg terel2 skate tu meh la join ktorg! bro2 Radical Bladerz sume stylo mylo dan sure korang hepi gila join dorg. dorg sgt peramah dan tolong korang jadi bladerz terhandal mcm dorg! 
wallaweyh!

yeah, i'll start a new life with Radical Bladerz!


Harmoni

senyap jalan terbaik. diam tidak bermakna telinga ditutup rapat. tidak bermaksud otak mengelamun jauh. senyap aku berisi. diam aku juga dendam. mengumpul dan menafsir tingkah laku yg jelik bg pandangan aku. mungkin tidak bagi org yg sedang ghairah. 

percaya. terlalu tinggi darjatnya. aku tidak mengharap akan kepercayaan. aku hanya menjalankan tanggungjawab yg sewajarnya. aku hanya sejujur dgn tingkah tutur. aku hanya menurut bisik dari hati. tunjukkan aku jalan.

Harmoni, kebahagiaan juga kesengsaraan. 


Friday, July 15, 2011

Segmen BTO : Kawan Blogger Saya


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati. 

Ini adalah segmen khas untuk semua warga Blogger Tercinta Official.



Task :

1. Buat satu entry dengan tajuk SEGMEN BTO: Kawan Blogger Saya.
2. Ceritakan tentang perangai dan pe'el rakan blogger anda tak kisah la apa-apa pun, janji something yang menarik tentang perangai dia yang patut orang lain tau, atau perangai pelik dia ke hehe.
*nak backlink atau tidak kawan blogger anda itu, semuanya terpulang pada anda
3.Buat seringkas yang mungkin

Terma dan syarat :


1. Terbuka kepada semua blogger aktif di Malaysia
2. Join fan pages Blogger Tercinta (BTO)
4. Tag 5 orang rakan blogger anda yang aktif.
5. Copy term and banner dan backlink kat entry ni.
6. Tinggalkan link penyertaan kat comment box entry ni.

Segmen yang TERBAIK akan diadili oleh 5 orang admin BTO

---------------------------------------------------

Untuk segmen ni aku telah memilih seorang blogger yg korang sendiri dah kenal. 


Beliau juga adalah salah sorang daripada Admin BTO. Mule2 kenal mamat sewel ni kepala aku terus masuk dgn kepala dia. Antara kepala aku dgn kepala dia, kepala dia lagi biol. Sebab time kecik2 dulu dia ni suka telan botol kicap. 

Kami akan berubah menjadi Lacoste pada 3.30 pagi dan mangsa2 kami adalah awek2 yg comey2 dan hot2. Walaupun dia ni tak ensem tp ramai pompuan sering terpedaya dgn wajah Anuar Zain beliau. Sungguh tidak sopan perangainya. 

Aku nk bgtau satu rahsia. Eddy punya blog iaitu Doposen.com adalah TAGLINE aku. Manakala aku punya blog iaitu Ohek3.blogspot.com adalah TAGLINE Edddy. Kami menggunakan tagline ini sewaktu menjadi gengster di sekitar Bangsar dan Brickfield suatu ketika dahulu. Kurang ajar sungguh dia menggunakan tagline aku tanpa membuat perjanjian sulit dgn aku dulu. 

Btw, sampai sini dulu ringkasan tentang Segmen BTO : Kawan Blogger Saya. Kepada anda yg mahu membongkar rahsia kawan blogger anda, jgn buang masa lagi. Dapatkan Jusmate 5 di kedai runcit sekitar rumah anda sekarang!

5 orang pengedar Jusmate 7 Edisi Terhad :







Segmen duration :
12/7/2011 - 17/7/2011
at 12.00 am








Wednesday, July 13, 2011

Sudah lama nampaknya gua tak menulis. Sejak hari keempat sehingga hari ke 14 di Tokyo, gua sangat sibuk dgn program rasmi. Tak sempat nak update blog semasa di sana. Nanti la gua buat entri khas dgn gambar skali. Lepas balik dari Tokyo pun gua jadi makin sibuk. Dgn part time, dgn proposal, dgn report, dgn ganti tido..ngiaaahehe..

Petang tadi gua maen rollerblade kt Tasik Titiwangsa. Thanx to bro Amril yg sudi kasi gua pinjam kasut dia. 1st time ni beb gua maen. Sejak kecik gua tgk org maen je. Biar pun 1st time maen tp gua da terel control kasut tu. Ngiaaahahaha...gua ingat ptg2 gua nk p join dorg main la daripada gua buat kilang taik mata atas katil kan. Sape2 yg ade kasut rollerblade lebih tu kasi la gua pinjam. Ngeeehehe..

Takat ni je gua nk menaip. Gua tgh mencekik yong tau fu pasar malam ni. Kejap lagi gua ade satu segmen khas utk blogger2 yg kiut miut dan macho. Segmen ape? Tunggu jap lg. 

Sekian, hiduplah Otomen utk Kg. Dusun.

Wednesday, June 15, 2011

Tokyo : Day Three

Perjalanan hari ni bermula pada jam 9 pagi menuju ke kampus cawangan Uni Rikyyo di Ninza. Di sana kami dibawa berjalan sekeliling uni yg sgt besar tu. Kawasan uni tersebut direka menggunakan konsep Europe. Bangunan dia walaupun dah lama tapi sgt cantik dan dihiasi dgn bunga yg mengikut musim. Uni ni adalah uni private dan pelajarnya adalah dari kalangan anak2 org berada. Maiko mengetuai kami melawat ke library, kelas, cafe, dan ke semua bangunan yg ada. Kami berhenti sebentar di padang besbol sambil melihat pelajar mereka berlatih.

Selepas dibawa bersiar2 di kawasan uni, kami masuk ke dalam kelas utk membuat discussion dgn 19 org pelajar yg mengambil Tourism courses. Kami dibahagi kepada 4 kumpulan dan diberi tugasan yg berlainan. Kumpulan kami terdiri daripada 3 pelajar UM dan 5 pelajar Rikyyo dgn tugasan bertajuk Campus Life. Kami mula berkenalan antara satu sama lain. Aku pun dgn kepala jahat memaksa mereka utk perkenalkan diri dalam Bahasa Malaysia sementara kami perkenalkan diri dlm Nihongo. Kelakar wa ckp sama lu dorg pronounce BM. Hahaha..Lepas discuss kami pn kene present. 

Sebelah ptg bdk2 tadi bawak kami sume g jln2 kt sekitar Tokyo di kawasan Ikebukuro. Bapak ah ramai gila dan mata aku masih memerhatikan warga Tokyo yg Harajuku iaitu berpakaian seperti Gothic ikut style mereka sendiri. Macam2 pesen! Kami di bawa ke kedai2 yg menjual manga, permainan video game, figura, dan barangan gajet. Sekali tgk tudiaaaa iPhone 4 dia nak tau harga brapa..40,000 yen. Tapi nk tau sama dgn brapa hengget..RM 1,600. Wak luh???? Murah gila??? Mintak maap byk2 la ye kt sape2 yg kirim iPhone 4 kt aku tu..aku tak bwk duet byk la. Makan minum kt sini mahal doe. Gua mintak ampun aaa...PS3 320GB plak harga dlm around 30,000 yen sama dgn dlm RM 1,300. Wii dgn XBox plak murah sket dlm 20,000 yen sama dgn RM800. PSP dlm 15,000 yen sama dgn RM 400. Ikut hati aku ni nk je beli sume tu tp aku kene save bajet doe. Baru 3 hari kt sini duet dah lesap 3000 yen. 

Malam plak kami menuju ke restoran Malaysia berdekatan dgn hotel. Di restoran tersebut kami bertemu dgn 2 org pelajar perempuan Malaysia yg membuat arubaito ( part time ). Dorg dah 4 taon kt sini dan akn tamat pengajian pada taon depan. Spjg 3 hari ni, aku dah 5 kali terserempak dgn rakyat Malaysia. Lepas makan kami bergambar bersama dan pulang ke hotel. Pelajr Rikyyo yg bersama kami tadi aku ingtkan dorg terus balek, rupenya dok togok beer kt cafe depan hotel kami nie. Aku pn g lepak skali dgn dorg sembang2. Harus diingatkan, mulut mereka sgt busuk dan aku tak sentuh pun beer tu okeh! Aku juz sembang2 dgn dorg pasal aktiviti utk esok hari. 

Haaa..lupe nk bgtau, kt sini aku ade kembar. Nama dia Sato Hitoshi dan perwatakannya gila mcm aku. baju kami pakai tadi sama dan dorg sume anggap aku dgn Hitoshi sbg kembar yg dah terpisah 20 taon lamanya. Umur beliau masih 19 tahun, orgnya kelakar dan asyek kene buli dgn aku. tak lupe gak kt Ryu yg ske lepak ngn aku spjg hari td. So, mcm bese gmbar dlm dslr tak dpt diupload dan aku hanya amek gmbr gune PinkBerry je. >.< Cekidoutyo!!!

Gambar yg dpt dicilok dlm kamera si Hanim nih masa 1st day di kedutaan.


Shibuya Sentral.

Awek skola yg tak cun. haha

Sewaktu tiba di cawangan Rikyyo Uni

Kawasan komputer dlm library.

Depan church. Tanda salib tu jgn tgk doe! haha

Yg depan blah kiri ni Ryu, blah kanan ni lah kembar aku, Hitoshi. haha..tak sama langsung!

Tambahan..nama mamat sdpn skali ni Wani..!! hahaha nama adek pmpn aku doe!

Lepas makan mlm. Ini la restoran Malaysia.!

Topup kad train



Kawasan depan gym Rikyyo Uni.

Dorg tgh training besbol. 


Pekerja libry ni tgh tnjuk cara nak search buku.

Dorg bkn on9 fb tp search study punye esemen doe..

Inilah Maiko. Muka dia tak nampak langsung mcm Japanese. Mcm pelakon Hong Kong doe! 



Pintu masuk library

Bdk2 dok khusyuk stdy

Tempat baca majalah.

Kantoi dgn aku sorg..hahaha!



Bdk2 ni dok ngorat Hitoshi dgn Ryu.

Tgh sembang program hari ni.

Kawasan rehat pelajar Rikyyo


Dari atas kelas




Dalam kelas pun ade tv besar gajah..-___-"

Hitoshi ni memang sengal doe..

Kt kedai figura anime!!! Gundam dia mahal doe!!!

PS3..!!!

Wii ngn XBox!!!!

Saje amek gambar rambut dia. hehe

PSP..!!!





CD One Piece

Tandas dia stylo ouh! Sume gune sensor. Jakun gila aku!

Air pancut dlm mall..hoho


Tempat isap rokok! Gila stylo siap ada ekon dlm rumah kaca nie. Yg jaring kt tgh2 tu dia sedut asap rokok. Stylo gila!

Ok ini la pandangan dari luar restoran Malaysia. >.<

So ini la gmbr yg sempat dikongsi dgn korang. Tunggu jela ea gmbr dlm kamera dslr nti aku upload kt fb. Aku tanya dorg kenapa sume org pakai iPhone 4. Dorg bgtau iPhone ni bkn saja2 utk menunjuk2 kt org atau sebagai gajet perhiasan. Tapi menatang ni sgt penting dlm hidup dorg sbg warga Tokyo. Dgn menatang nilah dorg akn guna sebagai mencari maklumat dlm kelas, search jalan bwh tanah yg lengang pada Rush Hour, guide ktorg utk ke mana2 sbb membe baru ktorg ni pelajar Tourism dan yg paling penting menatang nie sgt penting utk masa depan mereka. Kenapa masa depan? Sebab kerajaan dorg akn hantar maklumat dan segala urusan menerusi menatang tuh. Dorg cari kerja pun guna menatang tuh. Pendek kata menatang tuh mmg kene ade kt tgn 24 jam lah. Kalo tak dorg akan ketinggalan walaupun seminit tak pegang. Gila hardcore! Aku tanya dorg, tak guna BlackBerry ke? Dorg tak pernah tahu BB tu menatang ape!!! What the???!!!

Ok lah esok kami akan ke Uni Utama Rikyyo yg berdekatan dgn hotel kami nie. Di sana akan ada lg program yg lebih memenatkan. Hari ni je ktorg dah berjalan kaki lebih kurang 100 KM. Nak patah dah lutut. Gua nak Skype dgn Yoon Joon jap. Ohek3...>.< Jumpe esok!