Followers

Thursday, September 16, 2010

Hari Malaysia yg tidak mengherankan :: Chapter 4

Pagi tu ak bangun dgn mata yg kuyu. Badan terasa lemah. Kaki longlai. Ak seret kaki ke bilik air. Lps berus gigi ak cuci muka. Lps 2 ak masuk dlm bilik semula dan gedebuk! landing ats katil balik. Tiba2 ak terasa ada org tgh berdiri kt hujung katil. Dgn mls ak buka mata slow2. Skali imbas mcm pernah tgk. 2 kali imbas mcm tiap ari tgk. 3 kali imbas..x knl plak sape dia. Ak tanya dia nk ape. Dia jwb jap lg ade sesuatu akn berlaku. X smpai seminit ak rasa katil ak begegar mcm gempa bumi kt Haiti. Bile ak turun dari katil gegaran makin kuat. Ak berjalan menuju ke pintu depan. Sebaik je ak melangkah keluar dari rumah, ak terus terjatuh ke bwh. Sekeliling ak ada cahaya yg silau. Ak xdpt tgk pemandangan dgn jelas. Ak tgk bwh masih jauh lg utk smpai ke darat. Entah bile ak nk meyembah bumi. Ak tgk ke atas, ak nmpk KL Tower. Rupenya ak jatuh dari KL Tower! Lama2 ak nmpk KL Tower 2 slow2 hancur dan hilang ditiup angin. 




Lps 2 minit ak dgr bunyi keretapi dtg dari sblh kanan ak. Xsempat nk ngucap, ak dilanggar. Tubuh ak melekat kt cermin keretapi. terasa sangat laju ianya bergerak. Ak rase bullet train yg  mcm kt Jepun 2 kot. Lebih kurang 700 KM / J. Mate ak berair sbb angin kuat sgt. Bile ak tgk dlm bullet train 2 tertulis pada sign board di dalam. KOMUTER Pasir Hitam to Johor Baharu. X lame lps 2 ak nmpk ada dinding dpn ak. Bullet train 2 mcm xnk stop dan akhirnya. Tebabom! Pelik. Dinding 2 pecah berderai dan bullet train td hancur remuk tp tubuh ak masih elok. Ak tertembus ke sebalik dinding 2. Tubuh ak jatuh tergolek2. Bile ak angkat muke nk tgk keadaan sekeliling tibe2 di sebelah kiri ak nmpk KLCC nk tumbang ke arah ak. Ak lari sekuat hati utk elak daripada dihempap KLCC 2. Lari punya lari tiba2 ak jatuh ke dalam sebuah lubang. Besar dan dalam lubang 2. Bile ada dlm lubang 2, dlm keadaan samar2 ak tgk kiri ada tertulis North, tgk kanan tertulis South, tgk dpn dpn tertulis East, toleh blkng tertulis West. Ak rasa mcm pernah ada kt tempat ni sblm nie. Tiba2 lampu terbuka dan ak nmpk ramai sgt org tgh shopping. Rupanya ak ada kt Mid Valley. Ak ke arah North utk mencari jln keluar. Bila tiba di pintu keluar ak nampak sebuah padang yg sgt luas. Ak cuba utk ke tgh2 padang 2. Sampai di tgh padang, ak toleh ke belakang sbb ak dgr dentuman kaca pecah berderai. Rupenya Mid Valley da hancur dihempap KLCC yg nk tumbang td. 



Ak lihat keadaan sekeliling. Tiba2 padang yg luas td menjadi sebuah stadium. Di dlm stadium 2 ada ramai org penuhi tempat duduk sambil bersorak. Malaysia Boleh! Malaysia Boleh! Ak lihat pada skrin besar di hujung stadium. Tertera Sukan Komanwel XII Bukit Jalil. Tiba2 ak nmpak 3 buah kapal terbang airbus berlegar2 rendah di atas stadium. Pada ekor airbus 2 ak nmpk dgn jelas tertera MAS. Sdg asyik ak lihat airbus yg sgt besar 2 tibe2 terasa airbus 2 makin dekat dgn stadium. Org dlm stadium berlari bertempiaran dan ketakutan. Airbus 2 akn merempuh Stadium Nasional Bukit Jalil! Ak pn dgn semangat otomen yg ade pn lari sekuat hati menuju ke pintu keluar stadium. Sebaik melangkah keluar.. Gedebom!!! 3 buah pesawat airbus MAS td merempuh stadium kebanggaan dan terus hancur berderai. 




Ak jatuh tersungkur di hadapan sebuah kereta. Bila ak dongakkan kepala ak lihat lambang Ferrari. Ak duduk dan kibas habuk2 yg melekat kt baju. Bila ak nk tgk kereta yg ada lambang Ferrari td tibe2 ak terkejut dgn bunyi yg sgt kuat. Vroooommmmmmmmmm!!!!!!!! Vroooommmmmmmmmm!!!!! Rupenya kereta yg ade kt depan ak 2 ialah kereta F1 Ferrari. Bile ak tgk keadaan sekeliling, ak nmpak seakan2 stadium tadi tp lebih besar, luas dan terbuka. Ak lihat ramai org kt tmpt penonton. Toleh belakang terdapat krew2 pasukan F1 sdg bertungkus lumus melakukan kerja. Ya! ak pernah lihat dlm televisyen. Ini kt Litar Sepang! Wow! 1st time ak jejak kaki kt sini tgk perlumbaan F1 live! ak berlari anak menuju ke landasan perlumbaan. Ak heran lihat org di sekeliling. Mereka seolah2 menjerit ke arah ak seperti memberi amaran tp suara mereka x jelas. Bile ak toleh ke blkng ak nmpk berbelas kereta F1 sdg laju menuju ke arah ak. Kaki ak kaku xdpt nk bergerak. Kali ini ak redha jika apa2 berlaku kpd ak. Sepantas kilat kereta F1 yg menuju ke arah ak td melanggar ak lalu ak terpelanting tinggi. Dari ats ak lihat kesemua kereta F1 td berlanggar sesama sendiri dan kereta mereka semua meletup dan terbakar. Api melarat sampai ke tempat duduk penonton dan ke semua tempat. dari jauh ak lihat Litar Sepang td hangus. Salah ak ke? Ak heran ape..




Lps terpelanting jauh melangit, ak jatuh kt ats sebuah jambatan. Keadaan jambatan 2 lengang. Ak tgk ke hujung jambatan 2. Xnmpk plak penghujung dia. Ak mule berjalan dgn perlahan. Kiri kanan ak laut. Ak mengeluh, jauh lagi ke nk smpai penghujung. Bile ak perhatikan betul2 jambatan 2, ak rase mcm pnh lalu je ats jambatan 2. Lps stgh jam berjalan ak makin smpai ke penghujung. Dari jauh ak nmpk pintu gerbang Selamat Datang Ke Pulau Pinang. Oh..patot la..ni jambatan P.Pinang rupanya. Dlm hati ak tergelak sinis mengutuk diri sendiri. Belum sempat ak nk smpai ke penghujung jambatan tibe2 ak rasa jambatan 2 bergoyang2. Ak berpaut kt palang tepi jambatan 2. Makin lama makin kuat die bergoyang ke kiri ke kanan. Tibe2 ak terasa seperti jantung ak naik ke atas. Tidak!!! Jambatan ni roboh! 




Ak terjatuh dlm laut. Dalam mulut ak penuh dgn air masin. Ak meronta2 dlm laut 2. Sesak nafas ak! Lemas! Ak cube berenang naik ke permukaan air. Tapi kaki ak kaku xdpt bergerak. Seperti ditarik masuk ke dalam lagi. Tibe2 ak nmpk 1 cahaya tidak jauh dari ak. Makin lama makin jelas cahaya 2 dan ak mule nmpk seperti sebuah lembaga yg sgt besar dan berwarna hitam. Lembaga hitam yg besar 2 melintasi ak. Sewaktu ianya lalu di depan ak, ak terlihat 1 tulisan KD Tunku Abdul Rahman. Bila ak perhatikan betul2 rupanya lembaga 2 adalah sebuah kapal selam! Kapal selam yg baru Malaysia beli dari Perancis. Sebaik saja kapal selam pertama Malaysia 2 berlalu melintasi ak, tibe2 ak nmpk 1 cahaya yg lebih terang dan ak mula merasa suhu dlm air laut 2 berubah menjadi panas. Tibe2 ak lihat kapal selam td meledak dan meletup! Ak tercampak keluar dari laut 2 akibat letusan yg sgt dasyat td. Dlm hati ak membuat andaian kapal selam td hancur di tembak peluru nuklear. 





Tubuh ak melayang dan mata ak berpinar. Ak hanya nmpk bintang2 berkedip2 dpn mata ak. Dan ak jatuh di atas rumput. Badan ak dah longlai dan terkulai. Ak dah x larat nk bangun. Ak pejam mata sedalam2nya dan menarik lembut nafas. Beberapa saat lps 2 sambil terkulai layu ak cube utk buka mata. Pandangan dpn mata ak terdapat sebuah tasik. Tasik 2 sgt luas dan udara kt situ sgt nyaman. Dari jauh ak nmpk kelibat samar2 sebuah bangunan. Bile diperhatikan betul2 struktur bangunan tersebut jelas seperti sebuah masjid. Ya itu masjid! Dlm hati ak berbisik, mungkin ada org dlm masjid 2. Ak menggagahkan diri utk bangun. Dgn perlahan ak merangkak ke arah masjid 2 menyusuri tepian tasik. 




Makin dekat dgn masjid 2 makin ak mengenali. Bile direnung lame2, rupenya masjid 2 adalah Masjid Putrajaya. Ya tidak salah lg itu adalah Masjid Putrajaya. Tersergam indah dan nmpk kukuh. Ak berjalan masuk ke dlm masjid 2. Bila smpai ke dlm tibe2 hati ak terasa sayu dan tenang. Di suatu sudut ak terdengar ada seseorang sdg membaca ayat suci Al-Quran. Suaranya merdu dan mendayu2 bacaannya. Ak terus medekati org 2 dan memberi salam. Die memberhentikan bacaan dan menjawab salam ak. Bile die toleh ke arah ak, ak terperanjat. Paras rupa org 2 sama mcm rupa paras org yg ak jumpa mule2 ak bangun tido pg td. Dia tersenyum melihat ak lantas dia mengusap rambut ak. Seketika dia bersuara...


'Bagaimana pengembaraan kamu tadi org muda?'
Ak menjawab...'Ak x tahu apa dosa ak sehingga bermacam2 dugaan menimpa ak..'
Dia bersuara pula..'Situasi yg kamu alami tadi adalah nikmat yg negara kamu kecapi sehingga kini. KL Tower,  Bullet train, KLCC, Mid Valley, Stadium Bukit Jalil, Airbus MAS, Litar Sepang, Jambatan Pulau Pinang, Kapal Selam adalah kemewahan yg negara kamu nikmati. Semua itu memberi kepuasan kpd seluruh rakyat jelata. Itu semua adalah hasil titik peluh org2 sebelum kamu. Mereka bermatian dan berdagang darah utk memastikan ganerasi kamu tidak hidup dlm kesengsaraan seperti zaman mereka. Mereka sanggup perjudikan nyawa semata2 mempertahankan tanah air kamu. Tidakkah kamu lihat bagaimana sengsaranya keadaan negara lain seperti Palestin, kebuluran di Afrika, dan peperangan di Iraq? Mahukah kamu menjadi seperti mereka? Kejadian yg menimpa kamu tadi adalah sebuah pengajaran utk ganerasi kamu agar tidak membuat kesilapan sehingga tergadai maruah dan negara. Jika kamu lalai, mimpi buruk spt yg kamu alami tadilah yg akan berlaku. Semua nikmat dan kemewahan yg kamu nikmati selama ni akn hancur. Ganerasi kamulah pewaris utk meneruskan kemerdekaan dan keharmonian negara. Namun, semua itu akan hancur juga jika akidah dan taqwa kamu kpd Allah tidak berjalan seiring. Jgn disebabkan kemewahan membuatkan kamu lalai. Semua nikmat ini adalah dari Allah dan Dia berhak menarik semula nikmat kamu. Apabila kamu sesat dalam kekalutan dunia, carilah ketenangan di rumah Allah ini. Luahkan segalanya kpd-Nya.' 



Air mata ak berlinang memandang wajahnya. Belum sempat air mata jatuh, ak menyapunya dgn lengan baju. Hanya sekelip mata slps menyapu air mata org td terus hilang dari pandangan. Ak terpegun seketika sambil memikirkan apa yg baru dialami. Kepala ak sgt berat dan ak cuba utk berbaring seketika. Sambil memejam mata ak menarik nafas sedalam yg mungkin dan menghembus dgn perlahan. Sayup2 ak dgr caller ringtone Justin Bibiaq hp ak berdering. Ak meyeluk saku dan mengeluarkn Blackberry. Rupanya bunyi jam loceng. Menunjukkan 645 am. Ak lihat sekeliling ak nmpk poster Man Utd. Eh..bile mase ak ade dlm bilik ak? Ak tgk kalendar kt dinding..16 September dan tertulis Hari Malaysia. Oh! 


SELAMAT HARI MALAYSIA kpd seluruh RAKYAT MALAYSIA! 


Moga keharmonian dan kemewahan yg kita nikmati selama ni akn dikongsi dan dijaga bersama! 


Ak mimpi ke td? ah..ade ak heran pulak mimpi ke x....peace! ^_^

1 comment:

EmanCloud said...

ko buat ke semua ni? terbaek wok!