Followers

Sunday, May 29, 2011

Layak Atau Tidak Barcelona Bergelar Juara?



Perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah telah menutup tirainya 15 minit yang lalu yang dimenangi oleh FC Barcelona. Sepanjang perlawanan aku hanya mendiamkan diri sambil melihat gelagat penyokong dari Afrika, India dan UK yang berada di hadapan aku. Mulut mereka pot-pet pot-pet tak henti2 dari mula seperti mereka menjadi jurucakap untuk perlawanan tadi. 



Sebelum itu mari kita buat sedikit analisa terhadap prestasi Manchester United. Sejak tiupan wisel permulaan, United telah menunjukkan belang mereka dengan serangan yang merbahaya.Tidak banyak kelebihan yang dimiliki oleh pemain United pada perlawanan akhir ini.



Pemain United paling rajin dalam perlawanan tadi aku anugerahkan kepada Rooney walaupun kadang2 dia malas berlari. Dia cuba untuk mengasak Barca sejak dari awal permainan namun, kadangkala kawalan bolanya kurang kemas.



Pemain United paling rajin mencabar penjaga gol Valdes aku anugerahkan kepada Chicarito. Dia banyak melakukan larian deras untuk mengejar bola yang menuju ke arah Valdes.



Pemain United paling teruk aku anugerahkan kepada Valencia. Dia banyak menyimpan bola dan bagaikan hilang arah apabila diasak oleh pemain Barca. Tetapi dia juga banyak menghentikan pergerakan pemain Barca dengan terjahan keras terutamanya ke atas Messi. 



Pemain United paling rajin mengejar bola tetapi diayamkan oleh pemain Barca aku anugerahkan kepada Park Ji-Sung. Kesian gila tengok dia kena ayam dgn Iniesta, Xavi, Busquets dan Messi sehingga lemah longlai dibuatnya.



Pemain United paling versetail stylo mylo aku anugerahkan kepada Giggs. Walaupun usianya mencecah 38 tahun namun gaya permainannya sungguh stylo dengan sentuhan bola yang mudah dan tenaga yang masih banyak. Tak semua pemain seusianya mampu membawa United ke final Liga Juara-juara Eropah. Tabik!!!



Pemain United yang lain bagi aku hanya biasa2 saja. Pertahanan United tidak banyak yang berubah selain daripada kecekapan Van der Sar dan kawalan ketat dari Vidic dan Ferdinand namun apakan daya, Messi sukar ditambat.



Pemain tengah United pula jarang naik ke atas dan banyak bertahan sambil melakukan hantaran2 jauh kepada bahagian serangan. Serangan United nampak menjadi apabila pemain tengah naik ke atas dengan membuat hentaran pendek sehingga berjaya menghasilkan satu gol yang cantik dari Rooney.



Kelemahan terbesar yang dapat dilihat dalam pasukan United adalah banyak bertahan, banyak bermain di kawasan sendiri, banyak melakukan hantaran jauh dan kawalan bola yang tidak kemas. Secara kesimpulannya, pemain United memang kena ayam. 



Bagi pasukan FC Barcelona pula, mereka banyak mengamalkan gaya permainan Total Football, ala Samba dan ala Joga Bonito. Memang kena ayam la pemain United. 

Pemain Barca paling banyak kena tackle aku anugerahkan kepada Messi. Dia banyak diikat oleh pemain United sehingga pemain United lupa Barca masih memiliki kepantasan Pedro yang jarang dikawal rapi.



Pemain Barca paling berani aku anugerahkan kepada penjaga gol Valdes. Dia banyak meluru keluar untuk mematahkan serangan dari pemain United.



Pemain terbaik perlawanan sudah tentunya Messi. Dia banyak mengucar-kacirkan pertahanan United walaupun ditambat kemas oleh Vidic dan Ferdinand sehingga berjaya melepaskan tendangan deras masuk ke gawang gol United. Vidic hanya kaku megelak bola tersebut. (apsal ayat aku skema? baru perasan. -__-")



Walaupun ayat aku macam ayat berita Buletin Utama namun, aku harus memuji kesemua pemain Barca. Mereka bermain seperti kebiasaan. Sukar untuk mengesan kelemahan corak permainan mereka. Kawalan bola yang mudah dan kemas, hantaran bola yang pendek, larian deras yang mengancam pertahanan United dan penyudah yang berjaya menghasilkan 3 gol. 



Secara keseluruhannya, pertahanan Barca tidak banyak berkerja keras dengan bola banyak dikuasai di bahagian tengah. Barca memulakan serangan secara perlahan2 dengan mengawal bola di bahagian tengah dan mencuri peluang menyerang dengan kawalan bola yang menakjubkan daripada Messi yang banyak melorong bola kepada Pedro dan Villa. Secara kesimpulannya, Ya, Barca layak bergelar Juara.





p/s : tadi masa lepas amek trofi, pemain Barca memotong jaring pintu gol. Dorang nak buat ape ea??




2 comments:

Khai said...

yup. terpaksa admit. Barca main sgt bagus pg td. kesilapan utama fergie dgn meletakkan carrick n giggs. serangan MU lebih bagus kalo midfield anderson n giggs. anderson blh jd DM n he can run with the ball. tabik buat fabio, dia injured sbb selamatkan gawang, kalo x maybe 4-1.

p/s: just my opinion

This is Chunk said...

yup yup. lg bagus kalo scholes maen dgn anderson kt tgh dan giggs di kiri. ji-sung salu menjadi bila dia masuk sbg pmain gantian. midfield united agak lemau..-__-"