Followers

Saturday, May 28, 2011

Orang Kata

Kita sering mendengar perkataan 'orang kata' jika ada sesuatu penceritaan yang ingin disampaikan oleh kawan, saudara-mara mahupun sesiapa sahaja kepada kita. Malah kadangkala kita juga ada menggunakan perkataan tersebut. Namun adakah anda sedar bahawa perkataan 'orang kata' ini sebenarnya boleh membawa kepada suatu penceritaan yang berunsur fitnah, lebih2 lagi cerita tersebut adalah mengenai orang lain a.k.a mengumpat kerana ianya tidak dapat disahihkan dan timbul keraguan kebenarannya. 


Jika anda terjebak dalam situasi ini, adalah eloknya jika anda menangguh dahulu kepercayaan dan bertanya pula kepada pihak yang terlibat bagi mengetahui kebenarannya. Hindarkan daripada membuat sangkaan awal. Jika anda masih ragu-ragu, sila tanya di kaunter pertanyaan nombor tujuh dan ambil nombor giliran anda.

Mesej ini disampaikan oleh belia dari belia untuk belia sempena himpunan sejuta belia dan selamat hari belia. >.<


No comments: