Followers

Tuesday, April 24, 2012

Dear Allah...

"Mengapa dicari secantik Balqis,andai diri tidak sehebat Sulaiman.."

Ya Allah ampuni aku sekiranya aku sering lupa diri dan berbangga dengan apa yang aku miliki..

"Mengapa mengharap teman setampan Yusofjika kasih tidak setulus Zulaikha.."

Ya Allah ampuni aku sekiranya segala pergorbanan aku selama ini tidak ikhlas dan bukan semata-mata kerana-Mu..

"Mengapa mengharap teman seteguh Ibrahimandai diri tidak sehebat Siti Hajar.."

Ya Allah ampuni aku sekiranya aku pernah melukakan hati manusia lain yang lemah..

"Mengapa didambakan teman sehidup yang sempurna Muhammad jika ada keburukan pada diri..

Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan..

Carilah kebaikan itu pada dirinya. 

Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah dia milikmu."

Ya Allah ampuni aku sekiranya aku merasa sudah cukup sempurna, ampuni aku sekiranya aku gagal membimbing malah membawa kepada jalan kemurkaan-Mu, ampuni aku sekiranya aku hanya mencari keburukan manusia, ampuni aku sekiranya aku tidak pernah menunjukkan rasa bersyukur kepada nikmat yang telah Engkau anugerahkan.. 

Ampuni aku Ya Rabb..

1 comment:

Anonymous said...

aminn~
:')