Followers

Saturday, February 16, 2013

Superman Muncul Kembali

Semalam dunia digemparkan dengan kemunculan satu meteor yang terhempas di Rusia. Video-video meteor tersebut boleh dilihat di laman YouTube yang telah dirakam oleh driver-driver teksi yang mempunyai kamera litar tertutup di dalam teksi mereka.  Menurut sumber yang boleh dipercayai, dilaporkan bahawa meteor tersebut datangnya daripada Planet Krypton. Meteor tersebut dihantar oleh saintis dari planet tersebut yang bernama Jor-El. Menurut laporan polis, dalam batu meteor tersebut mengandungi seorang lelaki yang bernama Kal-El berdasarkan kepada kad pengenalan beliau. Mengikut pada raut wajah lelaki tersebut yang kini agak rentung, mengingatkan kembali dunia kepada seorang lelaki suatu ketika dahulu. Pada tahun 1938, meteor yang sama telah terhempas di Kansas, Amerika di belakang rumah seorang peladang. Pada waktu itu ditemui seorang bayi di dalam meteor tersebut. Sejak itu bayi tersebut dipelihara dan diberi nama sebagai Clark Kent oleh keluarga yang mengusahakan tanaman sayur bendi dan taugeh itu. Selepas beberapa tahun bayi tersebut membesar, beliau mendapati dirinya adalah luar biasa. Beliau berupaya untuk terbang dan mampu melihat serta mendengar dari jarak 50 meter. Beliau menjadi semakin terkenal apabila secara tidak sengaja telah menyelamatkan Batman daripada ditikam oleh Joker. Sejak itu, Batman menggelar beliau sebagai Superman dan beliau semakin giat menjalankan perkhidmatan membantu dan menyelamatkan mangsa kebakaran mahupun sebarang kemalangan. Pada tahun 1975, Superman telah dianugerahkan Peace Noble Award  sebagai penghargaan kepada usaha beliau dan dilantik menjadi Presiden Persatuan Keselamatan Kansas. Namun pada tahun 2004, Clark Kent dilaporkan oleh BBC News telah hilang apabila beliau pergi bercuti di Kepulauan Maldives. Menurut penduduk setempat, kali terakhir Superman dilihat adalah sewaktu beliau sedang meracau-racau di hadapan McDonald sambil menjerit "I want Big Mac Burger with cheese and salad!!!" lantas beliau melarikan diri ke kawasan pergunungan dan sehingga kini tiada jejaknya ditemui walaupun hanya selipar jepun yang dipakainya. Kini Kal-El sedang dirawat di Hospital Besar Moscow kerana cedera ringan di peha kiri akibat meteor yang membawa beliau terhempas di kilang membuat atap zink yang terletak di Barat Daya Rusia. Apakah segala kebingungan ini akan terjawab? Apakah Kal -El adalah Clark Kent a.k.a Superman yang pernah menjadi hero pada suatu ketika dahulu? Segalanya mungkin terjawab apabila meteor kedua bakal menghentam bumi beberapa jam lagi.

Sumber baru : meteor kedua telah jatuh di Amerika sebentar tadi. Belum dipastikan kesahihannya.

No comments: