Pada 3 hari lepas, aku dihadiahkan sebiji kek yang cukup sedap. Ade askem atas kek tu. Terima kasih tidak terhingga kepada Puteri Boyan yang sudi menghadiahkannya. Aku cukup gembira. Tidak terkata.
Banyak sungguh lilin. Maaf, lagi separuh lilin hilang. Aku telan sekali dgn kek.
Kek ini aku yang pergi ambil sendiri, pasang lilin sendiri, nyanyi lagu hepi besdey to me sendiri, potong sendiri dan makan sendiri. Kalau kau buat begini, pasti kau menangis sendiri. Haha..lawak.
Sebenarnya aku aku sudah berusia 24 tahun. Terima kasih kepada ayah kerana sudi mengahwini umi dan terima kasih kepada umi kerana sudi melahirkan saya. Terlalu berharga kehilangan setitik darah umi yang dikorbankan sewaktu mengeluarkan aku dari perutnya. Bagaimana agaknya rupa aku sewaktu baru dilahirkan ya?
Begini agaknya.
Akhir sekali, terima kasih tidak terkata pada si jantung hati seorang puteri dari negara Boyan a.k.a Mak Enon kerana sudi mensponsor kek. Tahun depan sponsor la lagi. ohek3..>.<
p/s : Tolonglah turun wahai hujan...
1 comment:
untunglaa ade org bg kek. heh XD
Post a Comment