Followers

Wednesday, December 1, 2010

Rahsia Demi Rahsia Terbongkar :: Chapter 37

Semua orang ada bakat terpendam dan sukar untuk ditonjolkan kepada tontonan ramai.

Namun, apakah bakat tersebut membawa kebaikan ataupun keburukan kepada diri mahupun orang lain pada era globalisasi kini?

Apakah ianya akan mengancam seluruh penduduk di kepulauan Sri Langka dan Timur Leste?

Edisi puaka hari ini adalah berkisar tentang bakat terpendam rahsia yang dimiliki oleh Prof. Chunk yang mungkin diketahui oleh segelintir makhluk mahupun tiada siapa yang tahu.

Apakah bakat-bakat tependam beliau?
Di sini akan disenaraikan beberapa bakat terpendam beliau.
Semoga segala yang dipaparkan selepas ini akan menjadi iktibar dan pengajaran buat semua.

Pesanan penaja : Jangan jadikan bakat beliau sebagai amalan harian hidup.

1. Seorang yang cepat marah dan melenting : Bakat marah beliau mula dikesan sekitar era pemerintahan Park Chung Ill di Korea Utara. Beliau sangat pantang apabila ada makhluk lain yang gemar menanggalkan boxernya sewaktu beliau sedang menari cha-cha. Hal ini akan membuatkan beliau berubah karakter daripada seorang yang berwajah suci kepada wajah syaitonirrojim. Namun semenjak beliau mendalami ilmu puaka di salah sebuah tempat tersohor di sebuah desa di pedalaman Sri Langka, beliau telah belajar bagaiman untuk mengawal emosi dengan tenang dan dan sempoi. Tahap kesabaran beliau selepas itu menjadi sangat menakjubkan sehinggakan beliau sanggup menanti sahabatnya iaitu seekor lagi puaka untuk mandi selama 1 jam sewaktu beliau mengajaknya untuk mencari makanan sarapan.

2. Memiliki naluri kelajuan : Beliau sebenarnya pantang apabila memegang stereng kereta bertayar empat mahupun kereta langgar-langgar di fun fair. Sewaktu di atas jalanraya, beliau sangat pantang melihat kereta lain yang memotong kereta beliau pada tahap kelajuan yang kereta beliau sendiri tidak mampu untuk mengejar. Sekirannya perkara tersebut terjadi maka, beliau akan mengekori rapat kereta tersebut sehingga bonet depan kereta beliau bercumbu-cumbuan dengan bonet belakang kereta hadapannya. Pernahlah beberapa kali beliau kantoi dengan polis trafik dan terpaksa membayar nafkah kepada badan kepolisan tersebut. Beliau sebenarnya pernah di ambang kemautan sewaktu sedang berlumba di jalan berbukit apabila keretanya nyaris terbabas ke bahu jalan bagi mengelak sebuah lori kontena yang membawa dedak ayam. Kini bakat tersebut hanya diketahui oleh beberapa ekor makhluk yang seing gatal bontot untuk mengikuti beliau keluar berlumba di hujung malam minggu. Apabila berada di dalam kereta, makhluk-makhluk tersebut akan menjerit-jerit ketakutan. Pada waktu itu baru akan terserlah wajah-wajah keinsafan mereka dan mulalah mereka mahu membaca ayat-ayat kitab suci Al-Quran. Tidak kurang juga yang mengucapkan kalimah syahadah tanpa henti. 

3. Mempunyai kekuatan mental yang cukup mantap : Kehidupan beliau yang kais pagi makan pagi dan mempunyai seorang bapa yang merupakan seorang komando di Sri Langka membuatkan beliau sering tabah menghadapi ujian daripada bapanya sendiri. Sehinggakan beliau mampu untuk menghadapi sebarang ujian peperiksaan dari bangku tadika sehingga universiti. Tidak cukup dengan itu, beliau juga pernah ditawan oleh sekumpulan samseng jalanan yang ingin mendakwa beliau di mahkamah atas kesalahan kencing merata-rata di halaman rumah jiran. Tahap mental beliau turut teruji apabila kehilangan makhluk yang paling dikasihi semenjak beliau masih bayi iaitu moyang beliau dari kurun ke 17 Masihi. Kini beliau bakal dirawat di rumah mental Jalan Tampoi Tersusun di pedalaman Timur Leste.

Sebenarnya masih banyak lagi bakat-bakat terpendam tokoh negara ini yang kita sendiri tidak boleh jangkakan. 

Jika anda masih mahu mengetahui apakah rahsia-rahsia yang dimiliki oleh beliau, nantikan sambungannya pada episod yang akan datang. 

Jangan ke mana-mana..

Stay tune..

Stayer..

Bang!!!



1 comment:

muyukerukatika said...

wahhhh gila gaban bakat yang terpendam, memang sesuai kalau saya jadi speedtrap punye orang best menembak orang2 macam anda,HAHA