Followers

Monday, May 30, 2011

Jozef Kabaň ft Veyron vs Ultimate Aero 2 vs Aventador vs GT-R 34


Anda kenal siapa gambar manusia di atas? Adakah artis? Adakah penulis skrip? Adakah pengarah filem? Adakah cikgu tadika anda? Beliau adalah seorang pereka. Pereka cerita? Bukan, beliau adalah pereka kereta terulung pada dekad ini. Mungkin ramai yang tidak kenal tentang diri beliau. Sebelum itu mari kita kenali siapa beliau. 

Nama beliau adalah Jozef Kabaň. Beliau berusia 38 tahun pada tahun ini (2011). Dilahirkan di Vavrečka iaitu sebuah desa yang hanya mempunyai populasi seramai 1290 orang yang terletak di utara Slovakia. Beliau melanjutkan pelajaran di Academy of Fine Arts & Design di Bratislava, Slovakia. 

Sewaktu beliau masih belajar, beliau telah mengambil bahagian dalam pertandingan merekabentuk kereta Skoda yang dianjurkan oleh syarikat pengeluar kereta Volkswagen Group. Beliau mendapat tempat kedua dan telah ditawarkan bekerja di syarikat Volkswagen. Pada mulanya beliau memegang jawatan sebagai Assistant Designer. Kemudian beliau menjawat jawatan sebagai Exterior Designer 

Pada tahun 1997 beliau merupakan individu pertama kelahiran Slovakia yang menerima anugerah Master of Art dari Royal College of Art ( Vehicle Design ). Pada tahun yang sama juga beliau telah menerima anugerah "Giorgio Giugiaro Award for Design Innovation" kerana telah merekabentuk kereta konsep futuristik. 

Pada tahun 1999, beliau bersama rakan sekerja Hartmut Warkuss telah merekabentuk kereta paling mahal, paling laju dan paling gempak pada abad ini iaitu....








Bugatti Veyron versi standard boleh mencecah kelajuan sehingga 408.47 km/j dan versi Super Sport pula mampu mencapai kelajuan sehingga 434 km/j. Harga bagi kereta ini adalah lebih dari RM5 juta sebelum cukai segala bagai. Adakah kereta lain mampu untuk menandingi Bugatti Veyron?

Jawapannya ya, masih ada yang mampu menandingi kereta Buggati Veyron ini daripada segi kelajuan iaitu..





SSC Ultimate Aero 2. ( 2011 )

Dua buah model kereta ini sering bersaing dari segi kelajuan. SSC Ultimate Aero 2 ini mampu untuk mencapai kelajuan sehingga 440 km/j. 

Adakah kereta di bawah ini juga mampu untuk memberikan saingan sengit?





Lamborghini Aventador. ( 2011 )

Setiap tahun kereta2 ini akan bersaing dari segi harga, rekabentuk dan yang paling penting adalah kelajuan. 
Sama2 kita tunggu nanti kereta mana yang akan menggunakan enjin jet pejuang.

p/s : Skyline GT-R 34 tetap menjadi idamanku... >.<



2 comments:

Fairuz Zainal said...

pergh semat abes keta dia. aaa lagi semat kalau along yang belanje. ohek3

Eddy Ahmad said...

walaweyyyy :D