Followers

Wednesday, June 1, 2011

Selamat Jalan Paul Scholes


Paul Scholes memulakan karier beliau sebagai pemain bola sepak bersama Manchester United pada tahun 1994. Aku masa tu baru masuk dajah satu di S.K Sinaran Budi, Rawang. ( pomot skola ). Beliau bersama2 rakan seperjuangan seperti Ryan Giggs, David Beckham dan adek badek Neville telah banyak memberi sumbangan besar kpd beberapa kejayaan Man Utd. Sehingga kini, beliau merupakan antara pemain tengah terbaik dunia yg pernah dimiliki oleh Man Utd. Scholes terkenal dgn hantaran bola yg tepat. Aku teringat kata2 Zidane, "Aku menyesal kerana tidak pernah berpeluang bermain bersama Scholes sbg satu pasukan. Beliau sgt hebat di atas padang". Hari ini, Paul Scholes telah mengumumkan persaraan. Akan tiada lagi kelibat beliau di atas padang. Seluruh peminat akan merindui kamu Scholes.

Trivia : 

- Paul Scholes merupakan peminat pasukan Oldham Athletic dan kelibatnya dapat dilihat ketika kelab tersebut bermain di laman sendiri sekiranya masanya tidak bertembung dengan komitmennya kepada Man Utd. Kadangkala dia menyebut mahu menamatkan kariernya di Oldham Athletic.

Paul juga merupakan Trust Oldham, the supporters trust set up by Oldham Athletic.

Paul ada menyatakan bahawa beliau gemar memasak, terutamanya lasagna ( aku tggu org lanje makanan ni kt KLCC ). 

Paul tidak mempunyai agen dan menguruskan sendiri urusannya dengan Man Utd FC.

Paul Scholes merupakan penghidap asma.

- Paul pernah mengalami masalah penglihatan beberapa tahun yang lepas dan hampir buta.

p/s : Percaya atau tidak, 3 tahun lalu aku menjadi rakan baik dgn Scholes menerusi chatting di MySpace. Byk yg dia kongsi dgn aku. Tah dia ingt aku lg ke tak..-___-"

Paul Scholes, anda adalah lagenda.

No comments: