1st : Kelaparan sbb tiada bekalan makanan
2nd : Kelaparan sbb duit x cukup nk beli nasi goreng kampung.
Life kt UM skrng nie semakin sesak. Puncanya kelewatan JPA memasukkan duit dan masalah pertukaran pekerja yg menguruskan JPA di UM.
So tiap hari la kami mkn Nasi Koboi yg menjadi pilihan hati dikala kami jatuh ditimpa kemiskinan yg melampau. Nasi koboi adalah sejenis makanan yg mengandungi nasi putih dan telur dadar. Harganya yg sgt murah iaitu dari RM 2.00 boleh dimakan dgn lahapnya beserta minuman jenama Paipsi. Makanan ni kami makan hanya sehari sekali kerana kami perlu menjimatkan wang yg ada utk tujuan lain fotostat tesis dan esemen serta keperluan yg lain.
Tetapi perkara ini juga memberi kelebihan kpd kami utk menguruskan badan terutama bg pelajar perempuan. Bg kami yg sudah sememangnya kurus kering ni akn terus menjadi kurus kering kontang. Tidur pula tidak tentu masa. Biasalah kami kan kuat main game study.
Mengapa digelar nasi koboi?
Kerana pada masa dahulu sekumpulan koboi sdg dlm perjalanan dari Texas menuju ke Tanah Melayu. Setibanya mereka di Selatan Hat Nyai, mereka telah berhenti berehat di sebatang pokok. Mereka haus dan kelaparan. Lalu mereka memasak nasi serta telur dadar utk santapan tgh hari kerana hanya itu sahaja bekalan terakhir yg mereka miliki. Selepas tiba di Tanah Melayu, mereka pun memperkenalkan makanan tersebut di UM. Begitulah kisahnya..
Secara kesimpulannya, nasi koboi itu sedap. >.<
Koboi sdg mkn nasi di bwh pokok di Selatan Hat Nyai
p / s : kami tarak duet, kami tarak hal..>.<
No comments:
Post a Comment