Followers

Sunday, January 23, 2011

Nota Buat Lelaki :: Chapter 78

Salam sejahtera saudara saudari sekalian. 
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama sy Prof. Pajila Kamtumey.

Hari ini sy ingin mengupas isu berkenaan lelaki walaupun sy adalah seorang lelaki dan bukan separa lelaki. Sy merasakan isu ini penting utk diri sy sendiri dan kwn2 sy yg lain. Sy ingin berkongsi sedikit pengetahuan utk kebaikan kita bersama. 

Tanggungjawab lelaki sangat berat. Bebanan akan terasa jika tanggungjawab tersebut dilaksanakan dengan sempurna. Namun, keselesaan akan dinikmati jika tidak bertanggungjawab dlm menjalankan tugas sbg seorang lelaki. Nak hidup selesa sebelum mati atau selepas mati? Anda pilih sendiri. 

Lelaki
  • Menanggung dosa sendiri selepas akil baligh.
  • Menanggung dosa diri sendiri, dosa isteri, dosa anak lelaki yg belum akil baligh dan dosa anak perempuan yg belum bernikah.
  • Wajib memberi nafkah kepada isteri dan isteri boleh membantu suami mencari rezeki.
  • Berjihad di jalan Allah.
  • Bertanggungjawab terhadap kesejahteraan dan kebahagiaan ibunya.
Dalam Hadith Sahih Bukhari, seorang lelaki bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. maksudnya :

“Siapakah yang perlu kita hormati dan kasihi selepas Allah dan Nabi?”

Jawab Nabi “Ibu kamu”

“Selepas itu?”-

“Ibu kamu”

“Selepas itu?”-

“Ibu kamu”

Kali ke 4 lelaki itu bertanya, “Selepas itu?”

Jawab Nabi “Ayah kamu”

Di akhirat kelak, lelaki akan bertanggungjawab terhadap 4 orang wanita ini :
  • Isteri
  • Ibu
  • Anak perempuan
  • Saudara perempuan
Jika seorang lelaki mengabaikan salah seorang daripada 4 wanita ini, pandai2 la anda menjawab di hadapan-Nya.
Walaupun berat tanggungjawab seorang lelaki, tapi itulah hakikatnya. 


Kata anak jantan. Jantan la sket bro!


p/s : nantikan nota utk wanita plak.

1 comment:

reeha said...

terima kasih. baca mcm ni pun dah cukup utk rasa lega pasal tadi.