Followers

Tuesday, June 14, 2011

Tokyo : Day Two

Hari kedua di Ikebukuro, Tokyo. Jam 4 pagi dah cerah macam jam 7 pagi di Bangsar..haha..aku semayang kt bilik pn main belasah je kiblat. Jam 8 pagi kami menaiki train ke Shibuya. Program hari ni ialah bertemu dengan Duta Malaysia.

Setibanya di Shibuya, aku merasa kaget sebentar. Yelah kan, sebelum ni tgk Shibuya Central dalam muvie Tokyo Drift je. Tup tap tup tap, hamek ko depan mata. Punya la ramai makhluk mata sepet yg cross jalan yg paling terkenal kt dunia nie. Korang mesti penah tgk kan orang lintas jalan kt Shibuya ni. Aku pun join sama melintas. Hahaha..jakun gila.

Awek2 kt sini dress up MasyaAllah....tak berkelip aku tgk. Fesyen dorg mcm anime ada, mcm L Death Note ada, mcm alien ada, mcm2 ah ada! Dress up tanak kalah mak datin kan. Rambut bling2 naik juling mata aku. Tak kurang stylo gak laki kt sini. Ramai gila hensem mcm aku. Hahahaha...kalo nonoq kt UM tgk kompem cair...~_~"

Masyarakat metropolitan kt sini semuanya jalan macam robot. Jalan raya punya clear tapi laluan pejalan kaki astaga...trafik jem gila. Silap langkah pasti ada rezeki bertembung dahi dgn Maki Horikita pelakon Hanakimi tuh. Jalan punya jalan punya jalan sampai naik ketumbit kaki aku dibuatnya, sampai juga di Pejabat Kedutaan Malaysia.

Menurut pensyarah kami, tiada student dapat bertemu muka dgn Duta Malaysia Datuk Shaharuddin di dalam pejabat beliau. Aku dan dua org lagi rakan student bersama Dekan dan pensyarah bertuah dapat bertemu muka dan berbual ttg pendidikan di UM dan kehidupan di Jepun. Mungkin kami antara orang yg bertuah dapat lepak2 dlm pejabat beliau sambil minum teh dan bergambar bersama. Takkan aku lupakan peristiwa bersejarah ni sebab Duta tersebut juga adalah bekas pelajar UM. Menurut beliau, kami adalah satu2nya student universiti pertama dari Malaysia yg berani menjalankan projek sebegini di negara Jepun. Sebenarnya bukan mudah nak laksanakan projek besar begini. Student dari universiti lain, amacam? Tanak try? Best wooooo walaupun perit.


Selepas kami makan tgh hari di Kedutaan, kami berjalan pulang menuju ke Shibuya Sentral. Sekali lagi kami buat perangai jakun cross jalan kt situ sambil cuci mata. Ada la sempat aku snap beberapa pic warga Tokyo yg stylo2. Di suatu sudut terdapat sebuah tugu anjing yg terkenal. Anjing tu mati kt situ sebab tunggu tuan dia tak balik2. Punya la setia anjing tu dgn tuan dia dan tahniah wahai anjing, ko dapat tugu sebijik. 


Sepanjang perjalanan aku memerhati gelagat warga Tokyo. Gaya mereka cukup stylo tapi aku respek kt dorg. Walaupun mereka dalam keadaan Rush Hour tapi disipilin mereka cukup tinggi. Mereka akan beratur ikut barisan time nak naik train. Tapi aku buat perangai kt KL Sentral. Potong barisan. Hahahaha...tapi bila aku tgk dorg sume beratur, aku pun pegi ikot beratur skali. Malu...>.<  Train dia walaupun dah lama tapi laju gila dan bersih keadaan dalamnya. Sewaktu train berhenti di next stesen, dorg akan bagi laluan kt orang yg nak kuar dulu. Lepas abes org kuar baru dorg akn masuk secara teratur. Cuba ko tgk mcm mane org KL berebut masuk dalam Komuter. Siap tercium ketiak Bangla lagi. -___-"  Satu benda yg aku jeles gila time dlm train. Bila dorg masuk je dlm train, benda 1st yg wajib dorg buat ialah keluarkan iPhone 4 atau Sony Ericsson flip dan mengadap menatang tu sampai turun train. Aku tak jumpa lagi budak sini guna BlackBerry!!! 


Tadi malam lepas Maghrib, kami ke sekitar kawasan Ikebukuro utk mencari makan malam. Kami makan di restoran yg menjual makanan Tempura. Aku makan Tendo je sebab aku tak lalu nak tgk die punya udang ngn ikan tu. Membe lain melahap mcm2. Harganya murah iaitu 600 Yen bersamaan dgn lebih kurang RM20. Lepas makan, aku rasa nak muntah. Pale aku pening gila. Mungkin sebab nasi dia yg melekit tu dan aku dah tersalah letak kicap. Kicap masin yg sebenarnya bukan utk nasi tu. Mungkin ada alkohol dalam tu? Aku jalan pun dah terhuyung hayang...~_~"


Kt sini org tua pun pakai keter Skyline doe..rilek je lalu lalang...kt KL sape pakai Skyline da kire gempak gilaaaa....dari semalam aku cari motor RXZ ngn LC..satu pun tade! Apetah lagi Mat Rempit! Moto yg ada kt sini hanya skuter dan Honda Cup bulat je! ~_~"


Okay itu saja cerita utk hari ini. Mintak maaf sebab tak dapat nak transfer gambar dlm kamera dslr akibat lappy aku tak dpt nak detect memory card. Tapi mcm bese aku ade snap guna PinkBerry aku. Hahaha...lets cekidout bebeh!






Nampak tak kicap yg dah buat aku mabuk tu?




This is mine.

This is mine too. Tak abes! hahaha



Kenari atau Daihatsu?

Ini kucing. Harganya errr...tgk la sndiri..hahaha


Program esok kami akan ke Rikyyo University utk majlis perasmian dan pertukaran budaya serta bahasa. Nak tau apa jadi hari esok? Tunggu entri pada malam esok pula! >.<

Okay...nak skype dgn Shami, Amin dan Raju..!!!! hahahaha...

p/s : Yoon Joon..imy..!

11 comments:

Anonymous said...

fuyoo fuyoooo

Ainna Jalil said...

haip! watashi enna banana. ano? *tetiba enna gelabah nak cakap jopun. aha

Chunk said...

@Huda~
hulamakk..ni baru sikit gambar..>.<

Chunk said...

@Enna Banana
ahh souka..watashiwa oturuman chunku desu..ano..err..ano....

Yuni Aisyah said...

bestnye dah smpai sane...nie yg jelez nie..:P

:: satucahayapetunjuk :: said...

haitt..amboi chunk,bestnye ko p tokyo...nti crikn cowok dri jepun ye kat aku sorang..ahakss...btw..smoga slmt kmbli n slmt pulang beb!

AQIL said...

dorg pki ip4 yer..xper..nt papa kirim duet beli iphone5 yer..alolo..cian dye.. :)

awekretro.com said...

wow..best..xde yg berkenan kew awek anime tue..hehe..

wah da bole ckp jepun..

lagi2 cpt..hehe

Fairuz Zainal said...

aaaa along kau jumpe tugu anjing tu eh? macam dalam cite tu haaa dia tunggu tuan dia tak balik2. name cite tu HACHIKO A DOG STORY. aaaa best bestttt aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :3








aa lagi satu. apesal kau makan nasi gune chopstick? gune jela tangan -___-"

Unknown said...

jeles ! hahaa betul makan nasi gune tangan sudeyh bak kate yuz,..kan senang :D

dila bahar said...

wah... best nyer... nnt bwk balik adiah dr sane yer...