Followers

Thursday, June 2, 2011

Mat Rempit Tambahan Drama Gerak Khas


Jika ada sekatan jalanraya oleh polis, perkara pertama yg aku fikir adalah lesen. Lps tu buat muke selamber rock benti depan polis. 

Nak dijadikan cerita, sebentar tadi aku dan rakan ( Torres - bkn nama sebenar ) mahu mencari makanan di mapley. Torres membawa motor dan aku hanya membonceng sambil memeluk tubuh dek kesejukan malam. Tiba di persimpangan seksyen 16, Torres memberhentikan motor. Gayanya seperti mahu berpatah semula. Di hadapan kami tersusun 10 biji motor kuda putih Honda ST 1300cc milik Polis Di Raja Malaysia. Lebih kurang 30 polis trafik sedang membuat sekatan jalanraya. 

Aku : Pesal ko benti? Jalan sajalah!
Torres : Aku mana ada lesen bha!
Aku : Dah meh aku bawak.

Di hadapan 30 orang anggota polis kami menukar tempat. Dengan selamber rock aku menuju ke hadapan mereka. Aku lihat beberapa anggota polis memandang sinis kepada kami sambil tersengih sumbing. Aku lihat polis yg bertugas menahan kereta adalah seorang wanita. Dalam hati aku terdetik, cun syiot awek polis nieh! Di belakang polis tu, aku terlihat sebuah lampu spotlight yg besar mcm dalam filem. Tiba2 aku perasan ada kamera di hadapan polis wanita tadi. Rupanya polis wanita yg cun melecun tu adalah pelakon drama bersiri Gerak Khas dan aku tak tahu nama pelakon tersebut. Ada seorang lagi pelakon lelaki Gerak Khas dan aku juga tak tahu nama dia. Maklumlah aku ni buta artis. Rupanya kami sudah masuk dalam drama Gerak Khas. Waaaaa tibe2 jadi xcited gilakkkk. Korang jgn lupa tgk kami dalam drama Gerak Khas minggu depan ea. Kamilah pelakon mat rempit tambahan yg tidak diundang yg sedang memakai sweater putih dalam drama tersebut. Weeee! >.<

Aku : Weh balek kang kita lalu sekali lagi nak?
Torres : Boleh juga bha! Wahahaha..

Korang penah tukar tempat betul2 depan polis yg tgh buat roadblock? Agak2 kalo dorg buat roadblock betul2 ape la yg akn jadi ea? Mesti kena maki hamun ngn pakcik2 polis tuh. Patot la polis tu sengih je tgk ktorg. T_T

Kami pun pergi membeli nasi lemak mapley dgn hati yg girang..lalalalala....

p/s : Korang dah bape kali kene mintak rasuah dgn polis masa roadblock. Apa cita?

5 comments:

Mr H said...

wah, hebatttt

UYC said...

untung laa -____-"

wanz239 said...

part torres 2 xthn sgguh...hahaha

^baju kurung^ said...

ade bakat, haha

Huda~ said...

kim salam kat TORRES ye along. hehehe