Roomate aku pulak lain ceritanya. Sungguh rajin mereka mentelaah 24 jam. Patutlah pointer mereka lagi tinggi dari aku. Mereka siap dapat scholarship JPA lagi. Pandaikan mereka. Bila tengah study tu macam-macam ragam dapat dilihat. Ade yg study sambil menonggeng, meniarap, telentang, atas meja, bawah meja sume ade.
Gambar di atas adalah suasana roomate aku study. Banyak betul nota-nota mereka. Yang baring atas katil tu sebenarnya tgh study menggunakan telepati alam barzakh. Dia la yg paling pandai dekat bilik ni. Maaf lah ye, lutut dan mata mereka terpaksa dihitamkan kerana mereka ingin menjaga maruah dan mereka ini adalah bakal saintis rahsia negara. Sebab tu mereka dapat JPA.
Bila mereka habis study, maka akan terbongkanglah masing-masing. Biasalah penat study. Mata pun kena tutup jugak utk refresh otak. Gambar di bawah menunjukkan mereka masih lagi tidur walaupun sudah sampai masa utk makan tgh hari.
Bersihkan bilik kami?
Aku pulak masih berkhayal dan bermain-main. Bila bosan di bilik, aku akan merayap dengan puaka sekor lagi. Tidak kira ke mana saja kami akan berpuaka. Bila nampak perkara menarik, kami akan bergambar bersama'nya'. Salah satu khazanah alam yang menjadi sejarah kepada industri pembuatan jamban yg kami telah jumpai adalah seperti gambar di bawah.
Rupa-rupanya tandas awam tiada pintu dan pengepamnya berada di bawah. Sesiapa saja boleh meninggalkan niat mereka di sini. Inilah salah satu artifak yg kami jumpa yg masih kukuh berdiri di salah satu tepi jalan dalam UM.
Bila manusia sedang sibuk menyetadi, aku cuba bermain dengan api. Bukan bermaksud aku mengapi-apikan mereka yg sdg setadi utk sama-sama bermain api dgn aku. Video ini adalah aksi badut yg diimport dari Sri Langka sdg bermain dgn api. Apa yg cuba ditonjolkan oleh badut berkenaan adalah situasi di mana beliau sdg membakar sehelai tuala mandi yg sudah 1 semester tidak dibasuh. Apabila api dinyalakan pada tuala mandi tersebut, daki-daki dan segala virus yg melekat terbakar dgn fantastiknya. Seronok tetapi tidak merbahaya. Anda boleh mencubanya pada tuala kakak dan abang anda yg sdg menghadapi SPM. Kompem anda akan dibakar hidup-hidup oleh beliau. >.<
Di sini aku nak share satu rahsia utk membalas dendam terhadap jiran yg bising sewaktu anda sdg setadi final exam. Byk aduan yg telah diterima oleh pihak jabatan kastam tentang jiran yg berkaraoke siang malam, suriram rumah yg memasak kelentung dan kelentang di malam hari dan bermacam-macam lagi. Statistik menunjukkan student yg menghadapi masalah begini telah menterjunkan diri mereka kedalam tangki air untuk melemaskan seluruh anggota badan mereka akibat tekanan udara di dalam otak telah mencapai tahap nazak.
Jika anda menghadapi masalah sebegini usah khuatir kerana Prof. Dr. Chunk akan mensetelkan masalah anda semua. Caranya amat mudah dan berkesan. Jika anda mentapau makanan di restoran mahupun cafeteria yg berhampiran, jgn lupa mentapaukannya dgn tapawe yg kedap udara. Sila pastikan harga tapawe yg dibeli mencecah RM 5 utk mendapatkan kualiti yg berkesan.
Selepas mentapaukan makanan tersebut, anda hendaklah tidak memakan makanan tersebut. Sebaliknya anda harus meletakkan makan tersebut di bawah meja study, bawah katil dan di mana-mana bawah saja. Biarkan selama sebulan. Anda dinasihatkan utk melakukan aktiviti sihat ini sebulan lebih awal dari tarikh peperiksaan. Apabila baunya sudah harum, dan wujudnya plakton-plakton serta amoeba-amoeba di dalan tapawe berkenaan, anda bolehlah menaburkan makanan tadi di hadapan pintu rumah atau bilik yg membuat onar tadi.
Untuk lebih berkesan, jgn lupa ketuk pintu rumah berkenaan sambil menjerit ada kebakaran dan dikehendaki berlari keluar. Gambar di bawah adalah makanan yg telah Prof. Dr. Chunk telah memperamkan selama sebulan. Antara isi kandungan makanan tersebut adalah nasi putih, ayam masak merah, sedikit sayur dan kerabu perut lembu pemberian salah seorang kosmate beliau yg tidak sempat untuk dimakan akibat waktu tido beliau yg melampau-lampau.
Maaf ye cik YuYu
Akhir sekali saya nak minta pendapat dan pandangan blogger-blogger yg sudah bergraduasi dan pernah membuat tesis dgn jayanya. Gambar di bawah adalah proposal tesis saya yg sudah diterima dan telah dikomen oleh supervisor. Saya ingin mentanya dan meminta pertolongan idea daripada anda semua utk membantu saya mengkonkrit dan merinkaskan tajuk tesis sy seperti di bawah. Tajuk tersebut mungkin terlalu bersifat am dan terlalu panjang.
Satu lagi saya ingin memohon pertolongan jika blogger semua mempunyai info-info yg dapat membantu saya dalam tesis seperti bahan-bahan rujukan atau sumber yg saya boleh dapat tentang teknologi enjin kereta buatan enjin kereta serta alat gantinya. Saya memfokuskan terhadap kereta Jepun keluaran Honda Civic ( MUGEN ), Toyota ( TRD ) dan Nissan ( NISMO ). Saya memerlukan bahan atau rujukan tentang alat ganti kereta-kereta tersebut.
Saya juga memfokuskan terhadap sukan lumba kereta yg melibatkan kenderaan dari Jepun dlm Formula One, Ralli dan juga Drift. Jika blogger yg ensem dan cun sekalian mempunyai maklumat yg berkaitan sila hubungi saya di talian bebas tol seperti di inbox FB saya ataupun di kotak komen di bawah. Segala bantuan anda semua ingin saya dahulukan dgn ucapan beribu-ribu juta-juta penghargaan dan terima kasih.
Terdetik pulak niat dihati utk belanja anda makan Big Apple Donut jika anda berada di sekitar Sri Langka dan Timur Leste.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan dan komen, bolehlah membebel di comment inbox di bawah. Sebelum mengundurkan diri, izinkan saya mempantun 3 kerat.
"Kais pagi makan pagi,
Kais petang makan petang,
Sape nk lanje aku domino piza?"
-__-"
p/s : saye ada kawan baru yg bernama Yon Joon dari Korea.
5 comments:
huhu..mereka sangat rajinn..smlm tgok dorg jawab paper, tekun gile jawab.x angkat muke langsung.. huhuk..
err..tu fud abg? =.=" warghh.. abg letak dpn bilik sape? ngeh3
goodluck tesis k? ^__^
jom dominoo!
saya ade kawan baru, chunk-kun.. :)
boleh tahan r citer ko ni dow...haha...
aku penah gak simpan daging lembu lama2..
woww..hasilnya sangat lah indah skali..haha
mra : lanje gua no hal...
yon joon : puaka sungguh kwn baru awk tu..>.<
luffy : baunya boleh buat ak masuk icu 18 bulan
@Chunk Sengal
muke gua memang muke banje ye lahh
ble lu free. :P lu kan bz.
xpe, gua jauh skang dgn lu.t ah.
Post a Comment