Struktur kemudahan fizikal negara kita sudah mencapai taraf kelas pertama tetapi tahap minda masyarakat masih lagi mengecewakan. Dalam erti kata lain, masih lagi minda kelas ketiga.
Antara sikap negatif KELAS KETIGA.
- Tidak prihatin terhadap kebersihan
- Tidak menghargai kemudahan yg disediakan
- Tidak menghargai masa
- Sifat mazmumah
(Dengki, khianat, tikam belakang, cakap tak serupa bikin, mengampu dsb)
- Tidak prihatin terhadap kebersihan
- Tidak menghargai kemudahan yg disediakan
- Tidak menghargai masa
- Sifat mazmumah
(Dengki, khianat, tikam belakang, cakap tak serupa bikin, mengampu dsb)
MAKSUD MINDA KELAS PERTAMA
Merujuk kpd elemen-elemen positif yg merangkumi sikap terhadap diri sendiri, tugas yg diamanahkan, masyarakat sekitar dan lain-lain yg berkaitan.
Kearah pembentukan minda KELAS PERTAMA
- Kembali kpd al-Quran dan Sunnah Rasullullah yang mempunyai segala formula
terbaik ummah minda pertama.
- Memulai setiap perbuatan dengan niat yang betul dan ikhlas.
Hadis Rasullullah s.a.w berkenaan dengan niat
“Sesungguhnya setiap amalan manusia itu bergantung kepada niat. Dan pahala bagi orang yang beramal sesuai dengan apa yang diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah dengan niat untuk beroleh keredhaan Allah dan Rasul-Nya, maka pahalanya ada disisi Allah dan Rasul. Dan sesiapa yang berhijrah dengan niat hendak beroleh kekayaan (kebanggaan duniawi) atau dengan niat untuk mengahwini wanita yang dicintai, maka pahala hijrahnya sesuai dengan niatnya itu.”
Hadis riwayat Muslim
Dengan membetulkan niat dan meluruskan semula jalan yg mungkin sedikit tersasar atau bengkok sebelum ini, maka fikirkan juga antara beberapa perkara lain yg mesti menjadi keutamaan dlm menjadikan kita punya minda kelas pertama.
Soalan untuk anda.
- Sejauh manakah kita ikhlas menjalankan tugas?
- Sejauh manakah kita amanah dengan masa?
- Sejauh mana disiplin diri sendiri?
- Sejauh mana kita bertanggungjawab terhadap apa yang kita kerjakan?
- Sejauh mana kita sedar bahawa tugas yang dipikul adalah ibadah?
- Sejauh mana kita sedar pentingnya budaya pembelajaran sepanjang hayat yang dapat membantu dalam menjadikan diri kaya berilmu?
- Sejauh manakah kita bersyukur dengan anugerah dan nikmat yang dikurniakan Tuhan?
- Sejauh mana kita membantu saudara seagama atau sekurang-kurangnya mendoakan kesejahteraan mereka?
- Adakah kita mengamalkan pilih kasih, rasuah, dengki, tikam belakang atau segala perbuatan negatif lain?
- Adakah kita sedar bahawa kedudukan kita di muka bumi sebagai khalifah yang hanya dipinjamkan nikmat itu sebentar cuma dan bakal ditarik balik bila-bila masa sahaja?
Senangkah membuat persediaan ini?
Jawapannya ada di tangan kita semua!
p / s : Menyampah dgn org yg dok jual sim card tepi2 jalan.
No comments:
Post a Comment