Followers

Tuesday, February 1, 2011

Inikah Mesir Yang Sebenar? :: Chapter 88

Pada mulanya ak cuba nk tulis pada awal bermulanya rusuhan di Mesir. Tapi rasa mcm masih terlalu awal. Ak hanya baca blog2 yg menceritakan tentang keadaan pelajar Malaysia dan keadaan yg kucar kacir di sana. Dah byk sgt ak baca, mcm2 kejadian yg berlaku dan macam2 isu yg timbul. So tak perlu la ak bgtau pjg2 ape yg tgh berlaku kt sane sbb korg pn tgk berita dan bace blog2 kn.

Selepas membaca berita, surat2 layang dan melihat sendiri video2 yg tersebar, ak ade byk persoalan yg mahu ditanya kpd sape2 yg tau la. Maklumlah aku ni buta perkembangan sket. byk yg ak xtau.

Soalan ttg pergolakan.

1. Benarkah Mesir menjalinkan hubungan dengan negara Israel?
2. Hosni Mubarak tu gile kuasa sgt apehal?
3. Benarkah rusuhan ni dirancang oleh US dan negara sekutu mereka?
4. Benarkah rusuhan dimulakan oleh ejen-ejen CIA?
5. Kenapa askar Mesir pn join rusuhan?
6. Nape dorg lepaskn banduan or banduan tu lpskn diri? (hebat bley lpskn diri dari penjara)
7. Benarkah Twitter menjadi penyebab rusuhan?
8. Adakah semua golongan sertai rusuhan ni?
9. Nape kejam sgt polis Mesir tu? 

Berkenaan pelajar Malaysia di sana, ada byk kes yg ak dah baca. Antaranya  ada pelajar yg kena rogol, rumah kena pecah masuk, talian dipotong ( latest da sambung balek talian ), pelajar lelaki yg kena berkawal di rumah pelajar wanita dan sebagainya.

Usaha2 kerajaan Malaysia setakat ak tau :

1. Bawak kuar pelajar Malaysia ke negara terdekat seperti Jordan.

Satu ni jela yg ak tau..>.<

Tapi rakyat Malaysia mahukan pelajar di sana sume selamat di bawa pulang. Kerajaan negara asing yg lain dah hantar sendiri kapal terbang ke sana utk bwk pulang rakyat mereka. 

Antara persoalan yg sering ditimbulkan adalah mengapa Malaysia tak hantar kapal terbang bwk balek sume pelajar kt sane?

Ok, ini pandangan aku.

Pelajar Malaysia ada 11 ribu orang di sana. Tu tak masuk lg embassy dgn yg keje kt sane. Mmg kita nk mereka sume pulang dgn selamat. Tapi cuba fikir sejenak...

-Malaysia ada brapa byk kapal terbang? 
-MAS dgn Air Asia nk tanggung ke kos? 
-MAS dgn Air Asia tu syarikat penerbangan yg mementingkn untung rugi dan ada destinasi lain yg nk di tuju. 
-Cuba tgk sape tokey MAS dan Air Asia. 
-Byk airport kt sane yg xbley gune. Yg ade pn berpuluh ribu beratur nk kuar dari Mesir. 


Antara alternatif kerajaan Malaysia adalah bawa keluar dulu pelajar ni ke negara jiran. At least dorg tak terlibat atau menjadi mangsa rusuhan tu. At least kt negara jiran bley gune airport dorg. 

Antara isu2 yg menjadi persoalan yg ak bace kt blog2 :

- Berita tempatan hanya menyebut ttg pelajar medic di sana, mana pelajar agama? Sdgkn pelajar agama kita ramai di sana. Termasuklah kwn2 ak dari Maahad Muhammadi yg bljr kt Cairo. 
- Berita ttg keadaan sebenar di sana terlalu sedikit dan kita hanya bergantung kpd update pelajar dari sana menerusi Twitter, Blog dan FB. 

Ini antara contoh yg boleh Malaysia gunakan utk selamatkan mereka di sana.

1. Guna pesawat tentera yg besar gedabak tu bawa pulang pelajar kita.
2. Sewa pesawat negara jiran seperti Singapore, Indonesia (kalo dorg nk bg la), Thailand, Filipina utk bawa pulang pelajar di sana. (nk harap kt MAS ngn Air Asia mmg x cukup la)
3. Hantar tentera Malaysia ke sana utk mengawal keselamatan dan bawa keluar pelajar2 kita dari Mesir. (mcm yg selalu tentera Malaysia buat hantar kt negara2 yg tgh bergolak tu)
4. Tambahan : Bawak kuar ikot jalan laut.

Latest ak bace blog, ada pelajar yg dah selamat pulang dgn kos ditanggung sendiri. 

Penulisan ni ak hanya mengutarakan isu yg timbul dan pandangan sendiri. 
Jika anda ada pandangan sendiri, sila kongsikan agar masalah ni boleh selesai dgn secepat mungkin. 


Moga Allah melindungi pelajar Malaysia di sana dan dipermudahkan urusan membawa pulang. Amin...






video


video


video


video


video


video




Bukan sng nk jd pemimpin yg adil. Tapi bukan keganasan caranya utk menentang pemimpin yg tidak adil. 


Utk update terkini sila lawati : http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/

p / s : Perang mana yg xde kekejaman. kalo x kejam, bukan perang la namenye. - kata2 seorang bekas tentera.

jom main CS. >.<

5 comments:

EmanCloud said...

akhir zaman chunk oi.. doakan je semuanye selamat..

Najwa Anuar ™ said...

good idea chunk .
utarakanlah pendapat kat tb3 ke. newspaper ke. boleh diguna pakai ur idea tu. :)

Najwa Anuar ™ said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

haaa.nk gtau..sal negeri sabah yg hantar kapal utk amik pelajar sabah jak kat mesir..xtaula plak sapa yg bayar kapal tu..kapal tu kedutaan malaysia amik la plak..kononnya nak antar org len g jeddah..alih2 upanya smpai trus ke malaysia dgn kapal tuh..sakit ati student2 sabah kat cna,diorg rasa ditipu..huh

Chunk Sengal said...

@Anonymous: yeke??? mane dpt brite nie?