Followers

Thursday, February 3, 2011

Tahukah Anda Amerika Juga Pernah Dijajah? :: Chapter 92



Selamat malam murid2 sume!!
Malam ni cikgu nk ajar satu sejarah yg melibatkan Amerika. 
Dahulunya benua Amerika hanya didiami oleh American Indians iaitu puak asli yg lebih dikenali sbg Red Indians. 
Murid2 sume kenal dgn Red Indians kn? 
Cikgu tau murid2 sume slalu tgk kartun Red Indians tu kn. 

Tahukah murid2 sume yg Amerika juga pernah dijajah oleh kuasa2 Eropah dunia berdekad yg lalu? 
Kt sini cikgu akn ceritakan secara ringkas. 
Kalo cikgu citer pjg lebar kompem cikgu yg cakap sorg2 nanti. 

Murid2 sume duduk elok2, pasang telinga, bukak mate luas2.

Jangan tido!!! Lempang kang!!! ( garang x )



Amerika menjadi tumpuan

  • Sepanyol merupakan negara pertama yg mengembara sehingga ke Amerika diikuti dgn Perancis, England, Belanda dan Portugal.
  • Kedatangan mereka adalah utk menyebarkan agama Kristian selain dpd ingin mengembangkan ekonomi, politik dan inovasi dlm teknologi pelayaran.
  • Tahun 1620, Sepanyol, Perancis dan England muncul sbg kuasa Eropah di benua Amerika.
  • Persaingan kuasa Eropah ini menyebabkan penduduk peribumi Amerika ( American Indians ) terpinggir sehingga menimbulkan penentangan.
  • Tahun 1620 sehingga 1763, 1.5 juta penduduk Eropah terutamanya dari England telah berimigran ke benua Amerika.
  • Orang Inggeris merupakan meyumbang terbesar imigran di Amerika sehingga berjaya mengalahkan perintis dari Sepanyol dan Portugal.


Perang Tujuh Tahun

  • Perang Tujuh Tahun adalah nama peperangan yg digunakan di Eropah.
  • Sementara di Amerika perang ini dikenali sbg French-Indian War.
  • Terdapat 4 siri peperangan yg berlangsung antara Perancis dgn Britain iaitu dari tahun 1689 hingga tahun 1763.
  • Tiga siri peperangan tersebut dikenali sbg Perang Perancis.
  • Manakala siri keempat dikenali sbg Perang Tujuh Tahun.


Peperangan

  • Pada tahun 1750, Perancis dan British telah bertempur di Eropah.
  • Peperangan tersebut telah merebak sehingga ke Amerika Utara. 
  • British ingin mengambil alih tanah jajahan Perancis di Amerika Utara dan ingin menguasai perdagangan bulu yg dikuasai oleh Perancis .
  • Red Indians juga telah bertempur dgn tentera British krn bimbang tanah mereka diambil.
  • Orang Inggeris di Amerika turut menentang peneroka dari negara Eropah lain.
  • Sepanyol di Florida dihalang bergerak ke utara sehingga ke Georgia.
  • Belanda dan Sweden hanya dibenarkan tinggal di wilayah yg mereka tuntut sahaja.


Kesan Perang Tujuh Tahun

  • Kemenangan kpd pihak Britain pada tahun 1763 menerusi Perjanjian Paris sekaligus menamatkan peperangan ini.
  • Perancis menyerahkan wilayah sebelah timur Sungai Mississippi kpd Britain.
  • Louisiana dan dua pulau di Sungai St. Lawrence dan New Orleans diserahkan kpd Sepanyol.
  • Sepanyol menyerahkan Florida kpd Britain.

Kesimpulan

  • Walaupun majoriti penduduk di Amerika terdiri drp org Inggeris, terdapat juga penduduk Scotland, Irish, Jerman dan Afrika.
  • Mereka membawa nilai sosial, kepercayaan, bahasa dan budaya yg berbeza ke benua Amerika.
  • Pada awalnya, tentera Amerika dan Britain telah bergabung utk menentang tentera Perancis.
  • 13 tahun kemudian Britain dan Amerika mula bermusuhan sehingga Amerika menjalankan revolusi.
  • Pada tahun 1776, Perang Kemerdekaan telah membebaskan Amerika drp jajahan Eropah terutama Britain dan Amerika mula mengecapi kemerdekaan. 

Pakaian tentera US dari dulu hingga sekarang


Haaaaa!!!! Tido ye!!!!!! Wake up!!!!!!!! Wake up!!!!!!!!!!!!!!!

Bosankn bljr sejarah? 

Tanpa sedar, sejarah memberi pengajaran.

Amerika pon penah kene jajah sblm muncul negara kuasa dunia dan sama mcm Jepun.

Kenapa kita pon x boleh jd maju mcm dorg?

Apakah puncanya? Adakah ini puncanya? Klik sini

Atau ada punca yg lain?

Semuanya ada di jari dan tapak tangan kita.

Kerana segala hasil bermula drp tangan kita yg melakukannya!!!

Cewah..tetibe terover semangat..=P

Menyesal tak, failed subjek sejarah time skola dulu? =P




p / s : gong xi! gong xi! ni yuen yi chia key wo ma? =P






11 comments:

nikadilafiziani said...

tengok tajuk pon da menguap. sejarah=malas. huahauhauhaaua

Mr H said...

Hoyeahh.. Ake memang suka sejarah ni.. *kroohhh3...

Chunk Sengal said...

erghhh....da agak da....-____-"

fairuzhani said...

tibe2 ko semangat cite pasal amerika ni apehal? ooo.lupe. ko kan kat texas. :P

hAsmAh_hAshIm said...

ske2, ske sgt dgn post ko ni...
dak2 ir pn blajar sal US in world politics

Chunk Sengal said...

fairuz : ak kt california skng

cik mah : o yeke?

aliefcmoi said...

waaa...nice info...best nye bro dudok california..aku je x pernah gi oversea..huhu..bro,,kalau free,,bro dtg2 la jenguk la blog alief..kalau bro sudi,,follow la..huhu..thanx.. nice entry u have bro... http://aliefcmoi.blogspot.com/

Chunk Sengal said...

@aliefcmoi: haha bile mase lak ak kt california..gebang je tuh..thailand pn ak ta pnh smpai..ekekekeke

aliefcmoi said...

lorrhh..mati2 aku anggap kamu kat california..hahha..follow u back..thanx bro.

Sam Posmen said...

Islam telah menjajah amerika sejak 500 tahun dahulu.

cuma sekarang ini je sejarah banyak di ubah. budak sekolah pon kebanyakkan belajar sejarah yang di putarbelitkan. so macam mana nak maju kalau gitu

Chunk Sengal said...

@Sam Posmen: setuju. ada pihak yg menghapuskan bukti2 sejarah demi kepentingan dan keselamatan pihak tertentu. sbnrnye fakta sejarah tidak boleh kata tepat dan tidak boleh kata tidak tepat. sbb tu byk fakta yg menggunakan perkataan "dianggarkan". sejarah dunia byk fakta yg diragukan. cthnya kejadian dan asal usul manusia. tersimpang dgn fakta sejarah islam. (0.0)