Followers

Tuesday, February 15, 2011

Saka :: Chapter 109

Jangan engkau menjadi bodoh.
Jika engkau sememangnya bodoh.

Jangan engkau menjadi bongkak.
Jika engkau sememangnya bongkak.

Jangan engkau menjadi sial.
Jika engkau sememangnya sial.



Jadilah seperti apa yang engkau mahu,
Selagi engkau tidak menjadi bodoh,
Selagi engkau tidak menjadi bongkak,
Selagi engkau tidak menjadi sial.



Jika mata aku ini menjadi penawar,
Aku akan jadikan mata ini sebagai penawar.

Jika telinga aku ini menjadi penawar,
Aku akan jadikan telinga ini sebagai penawar.

Jika diam aku ini menjadi penawar,
Aku akan jadikan diam ini sebagai penawar.



Jangan engkau jadikan mata aku sebagai racun,
Jangan engkau jadikan telinga aku sebagai racun,
Jangan engkau jadikan diam aku sebagai racun,
Jika engkau tidak mahu amarah jin aku menjadi racun.




Halang aku menyeru amarah keturunan saka.




Diam aku, 
Dendam kesumat.